Wahai anak bangsa,
Telah merdekakah bahasa kita?
Bahasa ibunda kini seperti tenggelam dan dilupa,
Terpenjara dengan idea yang mempersona,
Lebih menjunjung kasih matlamat mereka,
Mengejar kemajuan yang mematikan bahasa ibunda.
Wahai anak bangsa,
Adakah kau lupa,
Dulu... bahasa indah itu pernah dijulang
Jauh .... hingga ke persada dunia,
Penyatu rakyat pelbagai warna,
Menjadi harapan setiap rakyat dan pemerintah .
Tetapi kini, bahasa indah itu,
Seperti keranda yang diusung ke tanah merah,
Melihatnya jauh.... dikuburkan oleh bangsanya jua
Malu... dikatakan tidak maju,
Malu... dikatakan tidak mutu,
Lalu, dimanakah letaknya bahasa kita yang merdeka?
Tertanam sendiri atau kita sendiri yang menanamnya?
Wahai anak bangsa,
Ayuh bangkit! keluarkan bahasa ibundamu dari kerandanya,
Merdekakan bahasa ibundamu,
Lebih malu jika bahasa ibundamu itu ,
Hilang, binasa berganti tiada.
Bagaimana rupanya ,
Bila nanti kita tidak lagi punya bahasa ibunda
Menumpang kasih dengan bahasa mereka.
Ayuh!
Ku seru, perjuangkan bahasa ibundamu,
Biarlah kita pada hari ini,
Bersatu kerna bahasa kita,
Maju dengan bahasa kita,
Kerna bahasa kita bukan lagi bahasa yang dikeranda,
Tetapi bahasa,
yang menjadi kebangsaan,
Dan menjadi kebanggaan kita.
Persoalan: bahasa melayu kini dilihat tidak menjadi penyatu kepada rakyat : buktinya corak politik yang saling fitnah-memfitnah . Hanya bersatu apabila ada masalah besar daripada luar, dan saling meruntuhkan apabila ingin dilihat berjaya. Biarlah berpolitik kerana Allah.. ^_^
0 comments:
Post a Comment