Bahagia Allah bersama kita

Tuesday, June 4, 2013

PERANAN WANITA DALAM PENGUKUHAN AKIDAH UMAT ISLAM




Pendahuluan
Wanita Islam sangat berperanan dalam hubungannya dengan konsep akidah yang menjadi tonggak penting bagi kehidupan umat Islam. Terdapat empat bahagian utama yang akan dibincangkan iaitu :
1)Kedudukan dan peranan wanita sebelum Islam dan sesudah Islam
Kedudukan wanita sebelum kedatangan Islam- Wanita dianggap sebagai hamba dan harta peribadi lelaki. Kedudukan wanita tidak terbela dan tidak diberi hak serta nilai maruah dianggap rendah. Wanita juga tidak diberi penghormatan sehingga nasib dan masa depan mereka tidak mendapat tempat di sisi masyarakat sebagaimana yang berlaku pada zaman Yunani, Romawi, Mesir kuno , Jazirah Arab dan sebagainya.
Kedudukan wanita selepas kedatangan Islam- wanita telah diangkat kedudukannya, dimuliakan, dikembalikan hak-hak yang telah dirampas dan mereka telah diiktiraf oleh lelaki dalam kehidupan serta berperanan dalam kehidupan individu dan masyarakat. Islam telah meletakkan wanita dalam tiga kategori penting mengikut keupayaan iaitu sebagai ibu, isteri dan anak perempuan. Kedudukan wanita dan lelaki telah diiktiraf dari segi  hak dan kewajipan dalam melaksanakan tugas-tugas agama. Demikianlah, akidah dan iman merupakan syarat asas bagi menegakkan agama baik lelaki atau perempuan.
Tambahan lagi, peranan wanita adalah seimbang dengan peranan lelaki dan wanita juga merupakan aset penting dalam memajukan ummah , hal ehwal keagamaan dan keduniaan. Wanita pada kedatangan Islam terkenal dengan sifat mujahadah, pendakwah, usahawan dan faham dalam urusan keagamaan.
Skop Akidah Islamiah
Akidah: bahasa: berasal daripada bahasa arab iaitu ikatan,tetap, percaya, kukuh, pegangan, tetap dan yakin. Akidah dalam agama ialah iktikad semata-mata dan tidak termasuk amalan kerana akidah ialah apa yang diyakini oleh seseorang di dalam hatinya dengan keyakinan yang putus sama ada benar atau salah.
Istilah: akidah Islamiah: kepercayaan yang teguh terhadap rububiyyah Allah dan uluhiyyah-Nya, nama-nama, sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab, rasul-rasul-Nya , qadar baik dan buruk dan semua yang thabit di dalam masalah ghaib dan usuluddin yang disepakati oleh salaf al-Salih.
Akidah Islam amat istimewa kerana dua perkara:
Pertama: akidah ini mempunyai daya untuk menggerakkan amal  dan usaha yang menepati dengan corak akidah Islamiah.
Kedua: akidah ini mempunyai daya tarikan yang bersifat ghaib yang menghubungkan seseorang manusia itu dengan perkara-perkara yang wujud di sebalik alam ini.
Kepentingan peranan wanita Islam dalam penerapan Akidah Islamiah 
Wanita Islam dalam menerajui kepimpinan rumah tangga ialah yang sentiasa mendapat keredaan Allah. Prasyarat utama yang mesti ada dalam dirinya ialah kesedaran dan penghayatan terhadap Islam.
Wanita Islam sebagai individu Muslim dan Mukmin wajib menyediakan dirinya dengan pengetahuan tentang akidah Islamiah dan keimanan supaya akidah tersebut tertanam kukuh dan teguh dalam jiwanya.
Wanita Islam sebagai isteri dalam memastikan suaminya juga memiliki pengetahuan akidah Islamiah dan keimanan yang kental supaya hidup berkeluarga mendapat keredaan Allah. Jika suami terlalai atau terleka , maka menjadi tanggungjawab isteri menyedarkan suaminya supaya kembali ke jalan yang diredai Allah.
Wanita juga berperanan sebagai ibu dalam mengasuh dan mendidik anak-anak  agar dapat melahirkan insan yang beriman dan berguna.
Metode Penerapan Akidah Islamiah
Usaha-usaha penanaman akidah Islamiah boleh dimulakan oleh seseorang wanita Islam bermula dari awal proses pembentukan keluarga lagi sehingga saat kematian seseorang individu Muslim.  Berikut ialah pembahagian beberapa fasa tempoh kewujudan manusia dengan diikuti tugas-tugas perkembangan yang perlu dilakukan oleh seseorang individu Muslim.
Perkembangan Manusia
Peranan wanita dalam tugas-tugas perkembangan Manusia
Pertama: Tempoh pra-konsepsi: Sebelum  masa pembuahan sperma dan ovum
1.mencari pasangan hidup yang baik
2.Memastikan diri segera berkahwin secara sah-mengelakkan maksiat
3.Berusaha bangunkan keluarga sakinah –cinta kasih dan kasih sayang dengan iman dan taqwa.
4.sentiasa berdoa untuk zuriat yang soleh dan solehah
( Ini bagi menyediakan tapak yang kukuh, baik dan subur bagi menjamin penanaman akidah Islamiah.)
Kedua: Tempoh pra-natal iaitu Dimulai dari pembuahan sperma sehingga kelahiran

1.Pelihara suasana psikologi yang damai dan tenteram- untuk setiap yang berada di sekelilingnya.
2.Meningkatkan amal dan tinggal maksiat – janin mendapat hidayah Allah.
3.Sentiasa berdoa- untuk kandungan dan dirinya.
Ketiga: Tempoh kelahiran sehingga meninggal dunia
1.Fasa dari kelahiran – empat minggu :
- Memastikan azan dibacakan di telinga kanan- iqamah di telinga kiri
- Membuat akikah-tanda kesyukuran
- Beri nama anak yang baik
- Menjaga kebersihan dan kesucian
- Mencuba memberi susu ibu sehingga berumur dua tahun
2.Fasa kanak-kanak: Usia sebulan sehingga sekitar usia tujuh tahun
- Memastikan pertumbuhan potensi-potensi indera dan psikologi anak-anak- selari dengan perintah Allah
-Membiasakan dan melatih diri bercakap, bergaul dengan perlakuan yang baik
-Memperkenalkan aspek-aspek ajaran agama- berkaitan akidah Islamiah: Rukun Iman
3.Fasa tamyiz: anak mula membezakan yang buruk dan yang baik: sekitar usia tujuh tahun hingga 12-13 tahun.
-Peka dengan perubahan persepsi konkrit anak-anak menuju kepada abstrak- idea-idea ketuhanan dan perkara ghaib
-  peka dan prihatin dengan perkembangan ajaran-ajaran normatif agama melalui institusi sekolah-pengajian akidah dalam bentuk formal atau informal
4. Fasa Baligh: Anak sudah mencapai usia dewasa
-Memastikan anak-anak mengetahui bacaan al-Quran dan pemahamannya.
-pastikan anak-anak boleh mengaplikasikan pengetahuan tentang akidah dalam menjaga tingkah laku atau hubungan.
-Pastikan mereka memiliki kesediaan untuk bertanggungjawab apa yang dibuat.
-Pastikan mereka mampu dan berusaha membentengi diri dari segala maksiat.
5.Fasa kearifan dan kebijaksanaan: Memiliki tingkat kesedaran dan kecerdasan emosional, moral , spiritual dan agama secara mendalam. Wanita pada fasa ini lebih berperanan terhadap diri sendiri tanpa melepaskan tanggungjawabnya kepada anak-anak. 
-Mengaplikasikan sifat-sifat rasulullah s.a.w- amanah, tabligh, sidq dan fatanah.
-Tingkat kesedaran terhadap peranan sosial dengan niat amal soleh- masa terluang digunakan sepenuhnya untuk menyedarkan masyarakat , mendidik dan membantu menanam akidah dalam diri mereka.
-Berusaha meningkatkan ketakwaan dan mendekatkan diri kepada Allah
-Memastikan persiapan diri dibuat dengan sebaik mungkin- kerana kematian semakin dekat.

Kesimpulan

Wanita berperanan penting dalam menerap dan memperkukuhkan akidah Islamiah dalam diri sendiri, anak-anak di bawah asuhan dan didikannya, ahli keluarga yang lain dan masyarakat setempat. Justeru, ini memperlihatkan bahawa dalam memainkan peranan, wanita perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman diri secukupnya bagi memastikan perkembangan diri, keluarga , saudara dan masyarakat berjalan dengan baik menurut nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Demikianlah akan wujudnya masyarakat Islam yang diimpikan  kerana semuanya bermula daripada peranan seorang wanita Islam dalam penerapan akidah Islamiah.
* Susunan semula

0 comments:

Post a Comment