Bahagia Allah bersama kita

Thursday, May 29, 2014

KENANGAN BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG POST MENDROP


TARIKH: 6 APRIL – 11APRIL
TEMPAT: KAMPUNG POST MENDROP, KELANTAN

Latihan amali dakwah ini telah dilaksanakan oleh pelajar ijazah dakwah dan kepimpinan bagi sesi 2013/2014. Program ini telah membuka ruang kepada pelajar untuk membuat latihan amali dakwah kepada orang asli . Dimana sebahagian daripada mereka ada yang telah memeluk agama Islam dan sebahagian lagi belum memeluk agama Islam. Anggaran penduduk di sana seramai 300 orang dan jumlah pelajar yang terlibat pergi ke sana dalam 70 orang pelajar termasuk pelajar master dan PhD.
Tambahan lagi, program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar cara atau kaedah yang paling berkesan untuk berdakwah kepada orang asli secara realiti berdasarkan kepada ilmu yang telah dipelajari. Peluang yang telah diberikan oleh pensyarah telah digunakan sebaiknya untuk memastikan kelangsungan program ini berjalan dengan baik selama enam hari disana.
Di samping kami belajar untuk mengurus program dengan orang ramai kemudian bagaimana mengurus organisasi supaya dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Peluang ini telah saya ambil dengan baik, memandangkan saya bersama rakan-rakan saya telah ditugaskan sebagai exco kerohanian dan disiplin. Saya juga perlu untuk mengendalikan program bagi slot ilmu untuk hidup yang berjalan selama dua jama pada hari rabu pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang.

Antara program yng dilaksanakan secara terperinci

6 April 2014 
Antara pendekatan tersebut ialah
·         Program keluarga angkat
Berkumpul di Foyer dan bergerak bersama-sama. Tiba di pejabat Maik , berehat dan solat subuh secara berjemaah disana. Kemudian bersiap, sarapan dan mendengar taklimat. Tiba di kampong post Mendrop, berkenalan dengan orang kampung dan membuat perasmian dan penyerahan keluarga angkat. Di kesempatan daripada program ini , saya telah  berpeluang untuk menjadi anak angkat kepada amek angah binti Alang bersama dengan rakan saya Azira Aris dan Fawwaz.
Kemudian solat asar, bersiap dan makan malam, disini saya telah membantu menagihkan makanan kepada penduduk kampung dan memastikan penagihan makanan berjalan lancar. Seusai solat magrib dan isya’, kami berkenalan dengan keluarga angkat. Mengenali keluarga angkat merupakan cabaran pertama saya. Ini kerana, kami perlu berfikir ayat apa yang sesuai untuk ditanya dan memulakan perbicaraan yang mewujudkan mesra antara kami.

Sepintas lalu latar belakang keluarga angkat .
Amek Angah binti Alang ini merupakan ibu tunggal yang telah kematian suami lima tahun yang lalu dan meninggalkan dua orang isteri. Isteri yang kedua telah memeluk agama Islam. Namun, Amek Angah tidak mempunyai agama dan bebas. Akan tetapi, Amek Angah sangat tertarik dengan ajaran Islam namun masih belum terbuka untuk menerima Islam. Amek angah juga memiliki enam orang anak. Antara anaknya yang masih belajar dan ada yang telah mendirikan rumah tangga iaitu kak aini yang telah memiliki empat orang cahaya mata.
Amek Angah juga mempunyai perkerjaan sendiri di belakang rumah iaitu menanam ubi keledek dan menjualnya kepada orang cina kemudian dijual di Cameron Highland. Menurut Amek Angah Pekerjaan beliau hanya cukup makan sahaja dan tidak mampu untuk membeli makanan yang lain selain makanan asas sahaja. Antara makanan asasi Amek ialah ubi keledek. Dalam seminggu Amek hanya dapat makan sekali atau dua kali masakan ayam. Beliau juga mempunya penyakit darah tinggi dan seorang yang sangat menjaga pemakanan.
Tambahan lagi beliau memiliki anugerah pendidikan asas daripada jabatan kemajuan orang asli  di Shah Alam. Pengalaman beliau di sana diceritakan kepada kami. Melalui permahatian saya,  terdapat sedikit peningkatan akan kesedaran pendidikan kepada beliau dan anak-anaknya. Buktinya beliau seorang yang prihatin terhadap pendidikan anaknya . Buktinya dia tidak memberi anaknya untuk tidak hadir ke sekolah.
 Amek angah juga telah menjadi keluarga angakat kepada program-program sebelum ini. Ini menjadikan dia sangat arif kepada soal pengambilan anak angkat. Beliau sangat terasa sekiranya anak angkat tersebut memutuskan hubungan dengannya. Disini menunjukkan bahawa kelangsungan hubungan anak angkat itu sangat penting sebagaimana yang telah dianjurkan oleh Islam.
Di kesempatan itu, kami juga banyak berbicara dan bertanya bagaimana kehidupan hidup sebagai orang asli dari segi budaya dan adat resam.  Banyak pengetahuan yang telah dilalui dan diambil daripada pengambilan anak angkat ini. Sesungguhnya pengambilan anak angkat adalah sangat berkesan dan sebagai permulaan dakwah sebelum memulakan agenda dakwah untuk disampaikan kepada masyarakat asli yang belum beragama Islam. Dimana cabaran ini telah diatasi dengan sentiasa bersama mereka seperti makan bersama, menonton video bersama, membuat aktiviti memasak bersama  dan semua aktiviti dengan melibatkan mereka bersama dan  hadir bersama ke program.



7 APRIL 2014 
·         Ziarah rumah ke rumah
Pada hari kedua, seterusnya kami solat subuh dan bersiap dan sarapan bersama dengan keluarga angkat. Pada hari kedua saya tidak terlibat mana-mana slot. Saya cuma memerhatikan kelangsungan program dan memberi sedikit buah tangan ( baki hadiah ) setelah mendapat keizinan ketua pengarah kepada peserta yang hadir. Saya juga membantu bahagian dapur bagi memastikan kelancaran.
Cabaran kedua saya ialah Ketika berlangsung ziarah dakwah dari rumah ke rumah. Saya bersama rakan telah pergi ziarah rumah ke rumah. Dan setelah selesai ziarah, saya sendiri telah pergi ke rumah amek Angah untuk sembang secara santai apa pengetahuan yang beliau tahu tentang Islam dan  saya menceritakan serba sedikit berkaitan dengan sejarah Rasulullah s.a.w dan syurga bagi mereka yang beragama Islam. Dan saya mendapati respon beliau ialah beliau mendengar dengan teliti dan apa yang saya sampaikan seperti baru didengarinya contohnya seperti suasana syurga. Setelah beberapa  minit kemudian dia kelihatan gelisah dengan soalan-soalan dan seperti ingin menukar topik perbincangan. Namun begitu, saya mendapati bahawa ia masih dalam keadaan keliru dan masih belum terbuka untuk mengenali Islam.  Kemudian, saya menghentikan perbualan selepas melihat beliau tidak mahu lagi meneruskannya. Seterusnya kami bersiap, solat magrib dan isya’ berjemah. Disini kami solat di surau dan turut hadir  amek-amek yang beragama Islam untuk solat bersama-sama secara berjemaah dan mendengar kuliah. Kemudian tayangan video dan minum malam dan rehat.

8 APRIL 2014
·         Rawatan percuma dan pengagihan baju
Hari seterusnya diteruskan seperti biasa , bersiap, solat subuh berjemaah dan sarapan bersama dengan amek. Kami juga bersenam bersama-sama dengan amek. Kemudian pengagihan baju dilakukan. Pada hari itu juga kementerian kesihatan datang untuk merawat dan memberi ubat kepada penduduk Orang Asli. Setiap anak angkat bertanggungjawab untuk memastikan keluarga angkat turut serta berjumpa dengan doktor. Saya juga telah membantu keluarga-keluarga yang telah berjumpa dengan doktor untuk mencari baju yang boleh dipakai sebagai baju seharian.
Alhamdulillah sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung dengan bantuan yang diberikan seperti pakaian dan rawatan kesihatan. Cabaran ketiga ialah, telah didapati terdapat kekurangan iaitu pakaian tidak mencukupi tetapi selepas itu bantuan pakaian telah dibawa untuk mereka-mereka yang tidak mendapatkannya lagi. Kemudian telah diagih pada mereka yang belum mendapatkannya. Kemudian pada sebelah petang berlangsung acara sukan ,penyampaian hadiah dan makan. Seterusnya bersiap, solat magrib dan isya’ secara berjemaah. Dan pertandingan idola kecil dan minum malam dan rehat. Ini merupakan kaedah dakwah yang paling penting untuk mengambil hati mereka sehingga boleh masuk dengan mereka.


9 APRIL 2014
·         Gotong-royong, ziarah dan pendidikan fardu Ain
Hari terus berlalu, bersiap, solat berjemaah dan bacaan mathurat dan sarapan bersama keluarga selepas senaman. Setiap kali kami bersarapan kami akan bertanya soalan-soalan yang dapat mengeratkan lagi hubungan antara kami. Kemudian saya ialah terlibat dengan bakti daie iaitu membersihkan persekitaran kampung post Mendrop . Dimana kami perlu memastikan kebersihan di kawasan penduduk kampong .  Kami telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kumpulan pertama membersihkan sekitar surau, kumpulan kedua membersihkan sekitar dewan besar dan kumpulan ketiga membersihkan sekitar kampong post mendrop. Dengan kerjasama daripada rakan-rakan kami mengutip sampah dan membersihkan persekitaran telah mendapat perhatian daripada penduduk kampung bahawa kami sangat prihatin terhadap kebersihan kampong post Mendrop selepas aktiviti malam tadi dijalankan.
Kemudian, solat zohor dan bermulalah ziarah dakwah sekali lagi bagi penduduk kampong yang belum mendapatkan buah tangan. Kami membentuk kumpulan dan mengagihkan sumbangan kepada penduduk kampung.
Kemudian cabaran keempat saya ialah, bersiap sedia dengan slot bawah pemantauan saya. Menunggu kedatangan para peserta oleh amek-amek bagi bahagian wanita di dalam dewan besar, dan kanak-kanak di bawah khemah dan kaum lelaki bertempat di surau.  Slot untuk wanita ialah tahsin wudu’ dan solat, serta fiqh wanita, bagi kanak-kanak diajar huruf hijaiyyah , surah al-fatihah dan lagu-lagu Islam. bagi lelaki pula diajar tahsin solat dan wudu’.  Dimana Slot ini untuk menambah pengetahuan tentang ilmu fardu Ain yang wajib dilakukan kepada yang beragama Islam dan sebagai pengetahuan untuk yang bukan beragama Islam. Dimana kami perlu memahamkan kategori yang belum beragama Islam dan telah beragama Islam. Untuk tahsin solat bagi slot wanita akan diperincikan dalam laporan yang lain.
Tambahan lagi, terdapat cabaran ketika ini iaitu capaian target bagi kanak-kanak tidak dapat kerana kanak-kanak pada waktu ini masih berada di sekolah kerana mengikuti kelas tambahan. Justeru KPI untuk kanak-kanak telah diatasi pada keesokkan harinya untuk memastikan mereka juga diberi pendedahan tentang solat yang telah dilaksankan oleh Nabil selaku ketua kerohanian. Alhamdulillah slot ini berjalan dengan lancar dan telah dihadiri yang beragama Islam dan belum beragama Islam . Mereka turut serta untuk belajar bersama-sama.
Selepas habis slot ilmu untuk hidup, pada petangnya kami beriadah dan makan malam, bersiap dan bermula tayangan video kepada penduduk kampung. Seterusnya minum malam dan rehat.

10 APRIL 2014 
Masak bersama dan malam kebudayaan Islam
Pada pagi khamis , solat subuh berjemaah dan bacaan mathurat . beriadah dan bersarapan bersama keluarga angkat. Kemudian kami berbincang untuk memikirkan menu  sardin apa yang sesuai dimasak bagi acara master chef mendrop yang diadili oleh pensyarah-pensyarah. Kami telah berkerjasama untuk masak kuih badak inti sardin, lauk sardin dan cucur sardin. Ini merupakan cabaran kelima  bagi kami kerana amek kami sangat mengharapkan kemenangan. Namun begitu, kami hanya mendapat saguhati sahaja. Namun ini telah diatasi dengan memberi sedikit barang dapur dengan menggunakan duit kami. Selepas itu, makan tengah hari bersama keluarga angkat, boleh dikatakan kami akan makan bersama-sama di rumah amek.
Pada sebelah petangnya kami telah membuat persiapan untuk jamuan makan malam. Saya telah membantu penduduk kampung untuk membersihkan buluh dan daun , dimana ia digunakan untuk membalut beras dan di masukkan ke dalam buluh serta memotong ubi kayu untuk dimasak.  Pelajar-pelajar juga membantu menghidangkan juadah untuk makan malam dengan membakar ikan dan sosej. Ini sedikit sebanyak menggambarkan kesungguhan dan kebersamaan penduduk kampong dan para pelajar untuk menyediakan makan malam bersama-sama.
Amek kami juga telah membuatkan bunga kepada kami dan kami juga turut serta untuk belajar membuat bunga. Dimana bunga ini untuk meraikan persembahan pada malam ini. Ini jelas kekretifan orang asli dan boleh digunakan untuk dipasarkan ke  masyarakat luar.
Selepas bersiap dan solat magrib, kami berlatih untuk menyanyi lagu kepada penduduk kampong post mendrop. Pada malamnya bermula acara persembahan daripada wakil pelajar ijazah lelaki, pelajar master, dan pelajar ijazah wanita.  Kemudian persembahan oleh penduduk kampong iaitu tarian selamat datang dan kemudiannya disertai ramai pelajar. Ini merupakan cabaran keenam saya, dimana perlu untuk perhalusi persembahan apa yang boleh menarik minat penduduk kampong. Melalui persembahan ini, penduduk kampong berasa kagum kerana pelbagai acara telah dijalankan dan cuma berasa sedikit kecewa kerana persembahan yang dilakukan hanya dapat dibuat dalam masa yang singkat. Namun, akhir sekali, acara ini dapat berjalan dengan lancar. Seterusnya makan malam dan rehat.


11 APRIL 2014 
·         Ukhuwah , Hibah dan makan bersama
Pada pagi jumaat , selepas bersiap, solat dan sarapan. Kami bergotong royong membersihkan sampah bagi acara yang berlaku pada malam tadi. Pada hari terakhir itu merupakan cabaran ketujuh kami, dimana kami mesti meneruskan hubungan keluarga angkat ini walaupun telah habis program. Setelah kami bersiap-siap dan amek kami telah menyediakan lagi bunga untuk kami sebagai peringatan terakhir untuk kami, selepas upacara penutup dan makan tengah hari bersama-sama, kami telah atasi cabaran ini dengan bergambar bersama-sama sebagai tanda kenangan dengan keluarga angkat di sana. Seterusnya saya memberi buah tangan dan tudung sebagai tanda kenangan dan bantuan kepada keluarga angkat. Saya juga meminta alamat dan keluarga angkat meminta no.telefon untuk mudah dihubungi. Di kesempatan akan datang juga saya perlu sentiasa bertanya khbar dan memberi hadiah atau cenderahati. Akhirnya pada pukul 1 petang kami bertolak dan meninggalkan kampong post mendrop .


Alhamdulillah, banyak pengalaman dan pembelajaran secara langsung yang dapat saya ambil. Hasil daripada itu juga , saya mendapati bahawa terdapat dua pengajaran penting di dalam program dakwah ini.
Pertama ialah  dapat melahirkan pendakwah yang sejati, ikhlas, berlapang dada dan boleh memberi bakti, prihatin, kesedaran akan pentingnya sebuah dakwah Islami kepada masyarakat luar samada telah beragama Islam atau belum beragama Islam. Di samping mempraktikkan ilmu yang dipelajari , disampaikan kepada masyarakat, digunakan untuk kebaikan dunia dan akhirat serta membentuk sifat insaniyah dalam diri dan qudwah kepada masyarakat.

Kedua ialah berterusan dalam memberi kepatuhan kepada pimpinan dan kerjasama di dalam mengurus organisasi tanpa perpecahan merupakan titik penting bagi mengabadikan sebuah program dakwah yang berkesan dan berkelangsungan. Disamping perbincangan secara langsung dan pandangan semua pihak dapat mengukuhkan lagi kekurangan yang ada di dalam program. Semoga program ini bukan program terakhir tetapi sebagai pemula kepada program-program yang akan datang bagi mengisi ruang dakwah Islam dan menyampaikan Islam kepada generasi di luar sana.  Semoga redha Allah bersama kita.

0 comments:

Post a Comment