Bahagia Allah bersama kita

Wednesday, April 3, 2013

Alasan Dalam Kehidupan (Dr.Muhaya)


Setiap manusia ada  alasan tersendiri.
-Dengan banyak membuat banyak alasan akan menyekat atau mencegah   daripada mencapai sesuatu, contohnya nak kaya, nak tenang tetapi sentiasa mewujudkan  alasan.
- Apabila membuat alasan, ini bermakna memiliki sifat ego..
-Kejayaan itu  bergantung pada apa pilihan yang kita buat.

- Bertanyakan enam soalan apabila kita sering kali membuat alasan :
1) Adakah ini benar?
Apabila kita berfikir negatif maka negatif cara kita bertindak.
2) Dari mana datangnya ?
Usul periksa sebelum benarkan sesuatu perkara masuk ke dalam fikiran kita.
3) Apa yang kita dapat apabila memberi alasan?
Selalunya bagi mengelakkan risiko.
4) Bagaimana kehidupan kita apabila kita tidak  menggunakan alasan kita?
Hidup manusia akan bebas. Bebas untuk bertindak.
5) Bolehkah saya mencipta kaedah yang rasional untuk ubah kepercayaan ini dalam memberi alasan?
Tingkatkan ilmu, buat perancangan yang betul, strategi yang betul.
6) Bolehkah kita memberi kerjasama hidup di dunia ini?
Yakin boleh, Teruskan kehidupan tanpa alasan.

4 prinsip wujud tanpa alasan: Perbetulkan dunia dalaman manusia.
1)      Menghormati kehidupan manusia dan makhluk di dunia ini.
Apabila hendak hormat pada manusia, tidak kira pangkat, jika kita kenal diri kita sebagai hamba Allah, kita akan hormat sesama manusia..
2)      Jujur dan ikhlas kerana Allah semata-mata
Mengharap balasan Allah bukan balasan manusia.
3)      Sentiasa berlemah lembut
 Kerana kelembutan daripada nilai roh yang lembut iaitu nilai hati dan jiwa.
4)      Sentiasa pasang niat setiap hari memberi perkhidmatan pada orang lain.

Ada tiga jenis makanan: iaitu: makanan fizikal, emosi dan  rohani.
-Perlulah ada makanan rohani yang paling tinggi sehingga satu tahap tidak mengharap pada manusia lagi kerana hubungan dengan Allah sangat kuat. Apabila Allah sayang ,Allah akan campakkan kasih sayang daripada manusia lain kepada kita.
Alasan sebagai satu halangan, apabila sentiasa dalam situasi memberi alasan, ia  akan menjadi tabiat.
Apabila kita rasa  tabiat kita selalu memberi alasan , maka kita perlu bertindak iaitu mengubah pola pemikiran kita, ada minda , roh dan fizikal, jadi betulkan roh dan minda kita.

Sesi soal jawab
1- Peranan ibu bapa untuk mengajar anak mengajar anak mengenang budi kepada guru dan bekerja sebagai guru adalah ladang pahala.
2- Jangan bagi alasan dan buat sesuatu jangan kerana orang tetapi kerana Allah.
3-Menjadi seorang doktor , perlu buat kerja jangan hanya niat sebagai tanggungjawab dunia sahaja, niat sebagai ziarah dan minta doa daripada pesakit. Dan selesaikan masalah orang, Allah akan selesaikan masalah kita. Jangan berasa hebat kerana boleh menyebabkan kita rasa marah dan ego kerana ada rasa tinggi diri.
4-Guna kesihatan yang ada dan guna masa terluang untuk beribadat.
5-Apabila sentiasa bermain game menyebabkan kita pasif (tidak suka berfikir). Dan tengok TV mesti ada kawalan. Dan pilih apa yang kita nak tengok. bukan TV mengawal  kita. Sentiasa menulis apa aktiviti yang kita buat pada setiap hari. Pastikan setiap hari ada jadual dan perancangan aktiviti dalam jadual harian. Ibu bapa harus perbaiki diri dan nasihatkan dan jadi iktibar kepada anak-anak. Anak-anak yang sentiasa bermain video game, bermakna ibu bapa tidak peduli hal anak-anak kerana anak-anak kurang perhatian.
6-Sentiasalah beri khidmat. Tetapi zaman sekarang masyarakat lebih suka mendapatkan khidmat. Pastikan buat sesuatu bukan kerana takut pada kata-kata orang tetapi peduli pada pandangan Allah atau redha Allah. Biar bebas daripada penghargaan Manusia. Jangan sentiasa berada dalam kumpulan. mereka yang sentiasa ada dalam kumpulan mereka tidak memiliki keyakinan diri. Dan Sentiasa buat keputusan kepada diri kita dahulu.
7-Hidup biar kerana Allah. Tujuan hidup masuk syurga tanpa hisab. Hidup di dunia bukan untuk hidup bersama dengan manusia sahaja. kita mati bukan sebab sakit tapi sebab ajal sudah sampai.
8-Ubat daripada doktor ialah merawat fizikal sahaja.
9-Berkenaan soal jodoh: Hargai ibu, buat istikharah dan ingat serta dengar pesanan atau pendapat  ibu dan mintak doa daripada ibu.
Kesimpulan: Apabila kita banyak buat alasan bermakna ego kita tinggi. Ingat pada 4 prinsip tadi.

0 comments:

Post a Comment