Friday, July 30, 2010
6:57 AM
No comments
CINTA BUKAN PADA NAFSUNYA
Dua insan mempunyai rasa
Memendam keinginan untuk bersama
Terasa rindu kian bergelora
Menanti debar Adakah aku miliknya..
Luahan hati tidak terluah jua
Kerana malu bakal dihina
Menanti disapa tanpa diminta
Masihkah ada harapan hamba
Seredup rindu kian menjelma
Menunggu diri dipinang dua
Menanti pasti tuhan mencipta
Hati-hati hambanya yang kian hampa
Hanya doa menjunjung nestapa
Luka disembuh dalam duri derita
Kini menyinar pelangi cinta
Setelah gerimis berlalu hiba
Kesudahan pasti pada keduanya
Hanya mengharap cinta Maha Esa
Terkabullah jua doa keduanya
Kerana cinta keduanya bukan pada nafsu semata