This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Bahagia Allah bersama kita

Tuesday, February 18, 2014

CINTA SERAPUH SARANG LABAH-LABAH

CINTA SERAPUH SARANG LABAH-LABAH


S
arang labah-labah yang rapuh sangat sinonim untuk diberikan perumpamaan dengan cinta sepasang anak muda yang berkahwin dalam keadaan tidak bersedia. Sikap tergesa-gesa anak muda sehingga tidak sempat mempersiapkan diri untuk ke alam perkahwinan seperti mengundang kepada pintu penceraian. Rata-rata perkahwinan yang dibina hanya ingin merasa bahagia bersama dengan orang yang mereka cinta. Tidak timbul di benak pemikiran mereka soal tanggungjawab dan amanah yang akan bakal mereka pikul. Maka, tidak mustahil, apabila asas kepada sebuah perkahwinan yang rapuh boleh menyebabkan penceraian semakin berleluasa dan runtuhnya institusi keluarga.

Baru-baru ini masyarakat Malaysia telah digemparkan dengan perpisahan pasangan anak muda yang baru sahaja berkahwin setahun yang lalu. Perkahwinan yang dibina ketika usia yang masih muda dan atas dasar suka sama suka, akhirnya tidak bertahan lama dan hanya melalui perkahwinan yang terlalu singkat dan belum matang  telah berakhir dengan perceraian. Daripada itu, timbul pelbagai perspektif dan pandangan masyarakat umum terhadap perkahwinan  awal dan singkat oleh pasangan anak muda tersebut.

Tambahan lagi, mengikut kajian terhadap statistik penceraian terbaru dari Januari sehingga Jun 2013  oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), terdapat purata 47 779 kes penceraian dilaporkan terutamanya dari golongan pasangan muda. Penceraian ini telah meningkat dari tahun ke tahun. Lalu, dimanakah faktor permasalahan sebenarnya? Siapakah yang berperanan untuk membendung  permasalahan ini? Dan bagaimanakah solusi terbaik untuk mencegah sebelum merawat masalah ini?

Apabila dikaji punca berlaku penceraian kebanyakkannya ialah tiada penghayatan ajaran Islam, tiada persefahaman, masalah kewangan dan desakan hidup. Ini kerana, kebanyakkan pasangan muda yang berkahwin tidak memahami falsafah sebenar perkahwinan. Sedangkan perkahwinan merupakan satu perjalanan jauh yang penuh dengan onak duri dan ditempuhi oleh pasangan secara bersama sehingga matlamat mereka sampai ke syurga dan redha Allah. Mari kita perhatikan faktor-faktor lain yang boleh dibincangkan.

Perkahwinan Tergesa-gesa
Faktor pertama yang boleh diambil dalam situasi ini ialah apabila anda sebagai anak muda yang ingin berkahwin dalam keadaan terburu-buru atau tergesa-gesa sehingga menyebabkan kesusahan oleh banyak pihak. Maka sudah pasti anda tiada persediaan dari segi kewangan, pendidikan, dan sebagainya, ini menyebabkan banyak pihak perlu menanggung beban atas desakan anda tersebut.
Di dalam sebuah kaedah fiqh yang disepakati yang berbunyi :
مَنْ اسْتَعْجَلَ شَيْئاً قَبْلَ أَوَانِهِ عُوقِبَ بِحِرْمَانِهِ
Maksudnya : Barangsiapa yang tergesa-gesa dalam sesuatu sebelum sampai tempohnya, nescaya akibatnya akan terhalang terus dari mendapatkannya.

Demikianlah, apabila ramai anak muda yang berkahwin sebelum memahami tanggungjawab berat sebagai suami isteri dan gagal memahami bagaimana tuntutan dan amanah agama ke atas ikatan suci kerana terlalu tergesa-gesa mengikut emosi dan rasa. Apabila mereka disatukan tanpa ilmu yang matang melalui perkahwinan secara tergesa-gesa dan dibina sebelum penyediaan tapak yang kukuh hanya akan mengakibatkan tersekatnya kenikmatan dan keharmonian rumahtangga dalam tempoh yang singkat. Maka tidak mustahil, penceraian demi penceraian membanjiri tuntutan di mahkamah serta di ruang akhbar.

Maka, solusinya ialah jika anda masih muda remaja , jika belum tiba waktu yang sesuai itu, maka berusahalah mewujudkannya agar tindakan yang dilakukan dipasak oleh asas yang kukuh dan kuat. Sabda Nabi s.a.w:

التَّأَنِّي مِنَ اللَّهِ وَالْعَجَلَةُ مِنَ الشَّيْطَانِ
Maksudnya : Ketelitian itu datang dari Allah, dan tergesa-gesa itu adalah dari Syaitan (Riwayat At-Tirmizi, Al-Baihaqi, At-Tabrani, Abu Yu’la ).

Namun begitu, tidak dinafikan bahawa perkahwinan awal ini tidak boleh dihalang bagi mengelakkan maksiat atau masalah sosial yang lebih parah seperti bertukar-tukar pasangan, pembuangan bayi atau pembunuhan bayi. Oleh itu, sekiranya anda sebagai ibubapa telah menemui yang sesuai untuk anak gadis anda, maka segerakan perkahwinan tersebut kerana ia merupakan jalan atau solusi bagi menutup permasalahan yang lebih besar. Sebagaimana Rasulullah juga ada memberikan pengecualian, perkara yang perlu disegerakan tetapi bukan tergesa-gesa yang berasaskan kelalaian, iaitu

ﺛﻼثٌ لَا تُؤَخِّرْهَا : الصَّلَاةُ إِذَا أَتَتْ ، وَالْجَنَازَةُ إِذَا حَضَرَتْ ، وَالْأَيِّمُ إِذَا وَجَدْتَ لَهَا كُفْئًا
Maksudnya : Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemuinya yang sesuai untuknya. (Riwayat At-Tirmizi ).

Ibubapa tidak Memainkan Peranan

Faktor kedua ialah apabila peranan ibubapa atau wali tidak dilaksanakan. Harus diperhatikan bahawa, peranan ibubapa atau wali sangat penting untuk memantau pemilihan calon yang dibuat serta persediaan yang dilakukan bagi menjaga maslahat anak gadis mereka. Jika anda seorang ibubapa atau wali yang baik, anda perlu memantau keadaan semasa rumahtangga anak-anak anda dan bertanggungjawab dengan memberikan sedikit pandangan, pengalaman atau nasihat kepada mereka seperti mendedahkan kepada mereka antara cabaran-cabaran yang akan dihadapi dan perlunya ada sikap saling tolak ansur dan saling maaf-memaafkan antara satu sama lain serta menggunakan kaedah perbincangan kedua pihak bagi mendamaikan suasana rumahtangga daripada penceraian.

Di sini pentingnya peranan ibu bapa atau wali dalam memantau sebelum dan selepas perkahwinan anak dan menantu supaya di peringkat awal perkahwinan tersebut dapat diselamatkan daripada penceraian.

Demikianlah,keharmonian keluarga amat penting dalam Islam, dan Nabi mengatakan krisis dalam keluarga adalah penghakis agama. Ia punca kepada masalah lebih besar dalam masyarakat. Sebagaimana sabda baginda:

ألا أخبركم بأفضل من درجة الصيام والصدقة والصلاة " أي درجة الصيام النافلة وصدقة نافلة والصلاة النافلة " ، فقال أبو الدرداء : قلنا بلى يا رسول الله ، قال : إصلاح ذات البين[1]
Maksudnya : Wahai sahabatku, mahukah kamu aku khabarkan satu amalan yang lebih besar fadhilatnya berbanding puasa (sunat), sedekah (sunat) dan solat (sunat), Maka Abu darda’ menjawab : ya Rasulullah. Nabi membalas “Itulah mendamaikan perbalahan dalam keluarga dan masyarakat” (Riwayat Al-Tirmidhi Abu Daud ).

Oleh itu,besar manfaat anda sebagai ibu bapa yang  mendamaikan keluarga anak anda yang sedang berlaku perbalahan. Semuanya berbalik kepada peranan institusi keluarga itu sendiri. Justeru, Masalah ini dapat diatasi apabila didikan diberikan oleh ibubapa sebelum melangsungkan perkahwinan mereka sekali gus membentuk sebuah keluarga bahagia di dunia dan di akhirat.




Tiada Kesedaran oleh Pasangan

Faktor ketiga ialah tiada kesedaran oleh pasangan anak muda tersebut. Jika anda pasangan anak muda tersebut. Sebenarnya anda tidak terlepas dalam berperanan untuk menjaga rumahtangga anda. Muhasabah diri dengan pasangan anda masing-masing, apakah tujuan dan matlamat sebenar anda untuk mendirikan rumah tangga, dan bagaimana anda ingin membawa perkahwinan ini mencapai redha Allah? Justeru berbalik kepada diri anda dan pasangan masing-masing. Sejauh mana anda berusaha mempersiapkan diri sebelum dan selepas dalam menempuhi sebuah perkahwinan bersama pasangan masing-masing.

Dapatlah penulis menyimpulkan bahawa, persiapan ilmu agama dan rumahtangga merupakan asas penting sebelum membentuk rumahtangga bahagia. Di samping memiliki sikap bertanggungjawab dan amanah dalam sebuah perkahwian. Namun, penulis berharap perkahwinan awal oleh anak gadis tidak perlu dihalang sekiranya telah menjumpai yang sesuai untuknya. Ibu bapa boleh membenarkan tetapi beserta dengan syarat-syarat yang melayakkan perkahwinan tersebut dijalankan. Jika diperhatikan, bukan soal usia itu yang perlu dimainkan atau dibahaskan tetapi ia soal ilmu agama dan persediaan untuk  melangkah ke alam perkahwinan .

Oleh itu semua pihak terlibat dan berperanan memberikan nasihat, teguran dan didikan dengan menyediakan pelbagai bengkel , seminar atau ceramah. Semoga dengan usaha dan langkah-langkah ini membantu mengurangkan kes peratusan penceraian di Malaysia sekali gus memperoleh amalan yang lebih besar ganjarannya daripada amalan-amalan sunat yang dilakukan seperti yang telah disabdakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.

zakiah_dakwah@yahoo.com

DIMANA KEDUDUKAN CINTA KITA DI SISI-NYA



F
enomena filem cinta yang selalu ditayangkan di Malaysia seperti telah mengaburi hati masyarakat dengan cinta-cinta manusia. Malah mesej yang ingin disampaikan melalui filem cinta ini hanya berkaitan dengan cinta manusia yang tidak pernah ada kesudahannya. Filem yang diterapkan jua tiada nilai malah mengubah pemikiran dan tingkah laku masyarakat umum untuk lebih seronok dengan dunia cinta mereka.
     Didalam mengejar cinta, masyarakat terlalu sibuk dengan cinta manusia sehingga lupa bahawa cinta yang teragung itu ialah mengejar cinta Allah. Masyarakat seperti telah mabuk dan leka dengan nikmat cintanya bersama manusia. Siang dan malam lebih mengabdikan diri dengan cinta manusia sehingga lupa bahawa cinta Allah itu yang harus dikejar dan cinta itulah sepatutnya diagungkan kerana cinta Allah adalah cinta yang haqiqi.

     Ketahuilah bahawa wujudnya  cinta pada anda itu datangnya daripada Allah jua. Allah jualah yang memberikan cinta itu kepada anda. Dengan nikmat cinta itu, anda bahagia, harmoni dan tenang bersama dengan orang yang anda cinta. Namun, manusia sekarang seperti lupa untuk bersyukur dengan nikmat cinta yang diberi oleh Allah kepada setiap hambanya bahkan lebih menjauhkan diri daripada Allah dengan maksiat yang mereka cipta.
     Lalu, dimanakah kedudukan cinta kita di sisi Allah?Adakah kedudukan cinta kita di sisi Allah itu mulia? Atau sebenarnya kita sahaja yang berangan-angan bahawa kita telah pun berada dekat di sisi-Nya? Terdapat di dalam hadis Nabi Muhammad saw  dalam sabdanya yang bermaksud:
Siapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah, maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hamba di sisi-Nya sebagaimana hambanya meletakkan Allah dalam dirinya”.

Bukti Kecintaan Manusia Kepada Allah
     Menurut Muhammad Said Ramadhan al-Buti , perasaan cinta kepada Allah tidak akan dapat diketahui dengan jelas kecuali apabila seorang hamba telah melihat buktinya di dalam kehidupan sehariannya. Di mana keperibadian dan tingkah laku seseorang akan menampakkan secara terus sejauh mana cinta-Nya kepada Allah.
     Bukti kecintaan seorang hamba kepada Allah itu ialah apabila setiap aggota badan seorang hamba itu melakukan ketaatan sesuai dengan rasa kecintaan dalam dirinya kepada Allah seperti taat kepada perintah Allah, meninggalkan larangan Allah, menyebarkan syariat  dan agama Allah serta mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Maka, ketahuilah bahawa seorang hamba itu telah mendapat kedudukan di sisi Allah sesuai dengan kadar kewujudan Allah SWT di dalam hatinya.
     Dan perlulah diketahui bahawa setiap daripada anda yang diakui kebenaran akidahnya, semestinya memiliki kecintaan kepada Allah sama ada sedikit atau banyak. Ini  kerana dengan kecintaan itulah membuatkan anda beriman dan menerima ajaran Islam sebagai jalan hidup anda. Sebagaimana firman Allah:
“ Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hati kamu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan derhaka. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus sebagai kurnia dan nikmat dari Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”[Surah al-Hujurat: 7-8]
     Demikianlah, kedudukan setiap Muslim akan bertambah dekat di sisi Allah apabila setiap kali  bertambahya tingkat keimanan dan amal ibadat kepada-Nya dan begitulah sebaliknya jika seorang hamba itu lalai dan ingkar akan setiap tuntutan kewajipan dan ibadat yang ditaklifkan kepadanya, maka tiadalah cinta Allah untuknya.

Kembali untuk Menemui Cinta Allah
     Adapun sekiranya anda yang tidak menemui hidayah Allah dan cinta-Nya kerana hanyut dengan kezaliman, jauh dari ajaran agama, tidak mengingati akhirat , sebuk dengan dunia, dan merasa senang dengan maksiat dan tidak merasa bersalah meninggalkan ibadah dan amal soleh , maka ketahuilah bahawa anda telah jauh kedudukannya di sisi Allah.
     Dan ketika mana, anda telah jauh menyimpang dari ajaran Islam, maka, masih belum terlambat untuk anda kembali bertaubat kepada Allah iaitu dengan cara bermula dengan melakukan muhasabah diri terhadap dosa yang telah dilakukan sehingga merasa hina  di dalam diri. Kemudian mengadu kepada Allah akan setiap dosa yang telah dilakukan dan bermohon keampunan kepada Allah akan kelalaian sepanjang hidup ini dan memohon  kepada-Nya akan petunjuk jalan bagi membaiki kesilapan serta memohon akan perlindungan dan kekuatan untuk tidak kembali kepada maksiat dan yakin akan bantuan dan pertolongan-Nya.
     Bermula dari itu, maka akan terbukalah untuk anda pintu rahmat daripada Allah seterusnya diperkenankan doa dan menerima taubat buat hambanya.    
     Tetapi, sekiranya anda angkuh dan menyombongkan diri serta enggan memohon keampunan kepada Allah maka, anda akan melalui jalan yang sempit dan sukar kemudian  merasai kehidupan ini tidak pernah memberikan ketenangan dan kedamaian sehinggalah anda menemui ajal. Ketika itu tiada lagi untuk anda bertaubat dan berharap melainkan azab dan seksaan api neraka, Nauzubillah. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
     “Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan pintu-pintu langit bagi mereka dan tidak pula mereka masuk ke syurga sebelum unta masuk ke dalam lubang jarum. Demikianah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan. [Surah al-A’raf: 40]

     Oleh itu, marilah kita bersama-sama berdoa agar mendapat cinta Allah  melalui jalan hidayah-Nya dengan meneruskan amal kebaikan di dunia serta memohon perlindungan Allah agar dijauhkan sikap sombong bagi memudahkan taubat di sisi-Nya. Selain itu, peranan setiap Muslim khususnya pendakwah mestilah berusaha melibatkan diri dalam perfileman yang lebih menjurus meraih cinta Allah. Semoga ia menjadi harapan dan matlamat buat penulis dan pembaca agar kehadapan mencorak pemikiran dan tingkah laku masyarakat kita sehingga kedudukan kita terasa dekat di sisi-Nya.InsyaAllah.
rujukan kitab syarah hikam Ibn Ataillah
 zakiah_dakwah@yahoo.com