Tuesday, June 4, 2013
11:27 PM
No comments
Abu Anas Madani: Siri 04; AKHLAK ORANG YANG BERJIWA BESAR.
Abu Anas Madani: Siri 04; AKHLAK ORANG YANG BERJIWA BESAR.: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dengan Badwi. Wahai saudara sekamu… Wahai orang-orang yang mengerjakan solat. Kita yang ber...
11:14 PM
No comments
Pemahaman Muallaf dalam Islam
PENDAHULUAN
Pemahaman
Muallaf dalam Islam merupakan sesuatu yang perlu kita ambil perhatian dan
bagaimana kefahaman mereka terhadap Islam sekali gus memahami dan mengetahui kehidupan
dan amalan mereka dalam kehidupan seharian.Ini merupakan perkara penting bagi
masyarakat Islam bagi mengetahui sejauh mana tahap kefahaman mereka dalam Islam
dan kaitan sejarah hidup mereka memeluk agama Islam serta faktor yang bagaimana
sehingga mereka berniat dan bertindak untuk memasuki agama Islam .
Ini
menjadi persoalan kepada saya, sejauh mana tahap kefahaman mereka dan bagaimana
mereka membawa ajaran dan pegangan hidup mereka dalam melayari hidup sebagai
saudara baru atau Muallaf. Maka, di situ kita akan dapat lihat di mana
kekurangan dan kelompangan yang boleh kita perbaiki dan atasi supaya tahap
kefahaman golongan Muallaf dapat dipertingkatkan sehingga menjadi Muslim yang
diredai Allah. Justeru, menjadi tanggungjawab kita sebagai Muslim bagi
memberikan hak mereka sebagai saudara baru dan sebagai saudara seakidah.
Di
sini saya cuba untuk membincangkan kajian-kajian dahulu yang telah dibuat
seperti masyarakat Muallaf Orang Asli di Pahang dan masyarakat Siam di
Kelantan. Saya juga akan membincangkan segelintir individu Muallaf yang
terkenal di Malaysia dan bagaimana kisah kehidupan mereka dan sejauh mana
pemahaman mereka dalam Islam sebelum dan selepas menganut agama Islam.
Justeru,
saya berharap kertas kerja ini memberi impak yang besar dalam mencari dan
meneroka sejauh mana tahap kefahaman Muallaf dalam Islam di Malaysia khususnya sama
ada positif atau negatif dan sebelum
atau selepas golongan Muallaf menganut agama Islam dan bagaimana pandangan
Islam dalam menjawab persoalan mereka terhadap ajaran Islam sekiranya pemahaman
atau tanggapan mereka terhadap Islam adalah negatif.
Pemahaman
Muallaf dalam Islam
Muallaf
merupakan orang yang dipujuk dan dijinakkan hatinya dengan harapan dapat
menguatkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam atau orang yang dipujuk supaya
tertarik untuk menganut agama Islam. Ini kerana, Muallaf orang yang baru
memeluk agama Islam , imannya masih belum teguh dan mereka berhak mendapatkan
sebahagian tertentu daripada harta zakat.2
Selain
itu tempoh seseorang yang dikategorikan sebagai Muallaf adalah mengikut kepada penilaian terhadap
individu Muallaf itu dalam usaha mempelajari dan melaksanakan syariat Islam.
Walaupun begitu tempoh lima hingga tiga tahun adalah memadai bagi seseorang itu
mengenali dan mengamalkan ajaran Islam itu dengan baik dan sempurna.3 Oleh itu,
tahap pemahaman individu Muallaf itu adalah berdasarkan tempoh selama ia
menganut agama Islam juga merupakan faktor yang boleh dibincangkan.
Manakala
Islam merupakan agama yang sangat menitik beratkan soal kedamaian , ketenangan
dan kebahagiaan. Perkataan Islam itu juga sangat sinonim dengan perkataan salam
yang bermaksud selamat, terjaga terlindung aman dan berasa tenang sama ada
secara zahir dan spiritual seseorang. Islam juga merupakan agama yang menjaga
dan memelihara kedamaian tanpa mengira rupa paras atau warna kulit sesuatu
bangsa sebagaimana sabda baginda ketika ditanya:
“ Siapakah manusia yang paling disukai Allah ?
lalu Nabi SAW menjawab orang yang memberi manfaat kepada orang lain.”
Manfaat
yang dimaksudkan tidak hanya terbatas kepada kaum Muslim tetapi memberi syafaat
kepada sesiapa jua.1 Ini jelas kepada kita bahawa Islam itu menyeluruh dan manfaatnya
tidak hanya kepada Muslim sahaja. Ini lah merupakan faktor penarik bagi orang
bukan Islam kepada ajaran di dalam Islam.
Menurut
3 dalam sesi wawancara berhubung asnaf Muallaf telah ditanya antara faktor yang
menyebabkan orang bukan Islam tertarik untuk memeluk agama Islam iaitu pertama
dari segi keindahan dan ketinggian syariat Islam dalam mengatur proses atau
perjalanan kehidupan manusia dalam semua aspek. Islam juga mempunyai garis
panduan yang jelas dan ia membabitkan tiga aspek utama iaitu aqidah , syariat
dan akhlak.
Tambahan
lagi, Islam juga dipandang sebagai aturan hidup yang telah diaturkan dengan
misi yang jelas apabila ia dikaitkan dengan hakikat kejadian manusia itu
sendiri iaitu sebagai khalifah di muka bumi dengan memakmurkan bumi Allah dan
sebagai hamba yang sentiasa mengabdikan dirinya kepada Allah. 3Sebagaimana
kejadian manusia di dunia ini telah dijelaskan oleh Allah Taala dalam surah
az-Zariat ayat 56 melalui firman-Nya yang bermaksud:
“
Tidak Kami jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaku.”
Inti
pati pengabdian diri manusia kepada Allah ialah menjadikan semua urusan dan
aktiviti yang dilakukannya sama ada berbentuk iktikad , kata-kata, atau amalan
menepati keredaan dan kesukaan Allah. Maka, manusia yang mengabdikan diri
kepada Allah hendaklah mencorakkan tingkah laku dan kehidupannya menepati
hidayah dan syariat Allah.5
Seterusnya
umat Islam telah berpegang kepada prinsip hamlum minallah wa hamlum minannas.
Manusia di muka bumi ini tidaklah dicipta dengan sia-sia melainkan akan kembali
kepada Allah dengan bekal yang dapat di dunia untuk akhirat tempat kekal abadi
selamanya.3
Ketiga-tiga
aspek inilah yang membuatkan yang bukan Islam tertarik dengan Islam iaitu
kepercayaan wujudnya Pencipta iaitu akidah Islam, sistem aturan yang diatur
dengan sempurna dan bijaksana iaitu syariat
Islam dan keluhuran dalam membentuk insan yang seimbang dari segi intelek ,
rohani, jasmani dan emosi yang dapat dizahirkan dengan contoh teladan yang baik
dan nilai-nilai murni dan penghayatan Islam dalam keharmonian hidup masyarakat
yang bersifat kasih sayang , toleransi dan lain-lain iaitu dikategorikan dalam
akhlak Islam.3
Selain
itu, nilai indah yang terdapat dalam Islam antaranya toleransi juga merupakan
faktor penarik orang bukan Islam kepada ajaran Islam. Islam sangat
bertoleransi terhadap kewujudan pelbagai
agama di dunia. Menerusi Islam semua masyarakat dapat menganuti agama yang
diyakini tanpa sebarang bantahan. Seterusnya Islam sangat mengalakan
persaudaraan tanpa mengira agama, warna kulit , bangsa , keturunan dan
lain-lain. Di sini terpancar bahawa Islam itu agama yang bertoleransi. Kerana Islam
sama sekali tidak memasak masyarakat multi etnik untuk memeluk agama Islam. Sebagaimana
dalam firman-Nya dalam surah ala-Baqarah ayat 256 bermaksud:
“Tidak
ada paksaan (untuk memeluk)dalam agama Islam...”4
Ini
kerana, Islam itu menjaga keharmonian dalam kehidupan pelbagai agama dengan
langkah berikut iaitu mengetahui persamaan dan menghormati persamaan dan
perbezaan yang memisahkan, memahami nilai hidup bermasyarakat , menghargai dan
mengurus kepelbagaian dalam kehidupan beragama, dan mewujudkan keadaan yang
selesa untuk menghargai identiti diri dan orang lain.1
Walaupun
Islam sangat mengalakkan toleransi dalam aspek namun toleransi Islam bukanlah
sewenang-wenangnya dan bebas dalam semua aspek sehingga wujudnya kebebasan
tanpa syarat. Dalam Islam, Muslim tidak dibenarkan untuk bertoleransi demi
kepentingan atau memenangi sesuatu pihak. Secara khususnya dalam Islam,
toleransi tidak boleh diamalkan dalam hal-hal yang melibatkan akidah dan
beberapa bahagian dalam syariah. 4
Selain
itu, dalam bahagian syariah juga melibatkan hal ibadah iaitu hubungan manusia
dengan tuhan dan kemudian beberapa aspek syariah muamalat iaitu hubungan
manusia dengan manusia. Meskipun bersyarat tetapi pengamalan toleransi
masyarakat manusia akan dapat mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam
perhubungan manusia dengan manusia. Ini akan dibincangkan dalam pemahaman
Muallaf dalam aspek akidah dan syariah.4
Seterusnya,
seperti yang kita sedia maklum bahawa Islam
itu merangkumi tiga cabang utama di dalamnya iaitu akidah , syariah dan akhlak.
Oleh itu , saya akan meletakkan setiap pemahaman mualaf pada setiap daripada
tiga cabang tersebut , kemudian akan diulas dan dikaitkan dengan golongan
Muallaf di Malaysia. Perlu diketahui, bahawa pemahaman Muallaf dalam Islam juga
boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu pertama pemahaman Muallaf dalam
Islam dari sudut positif dan kedua ialah dari sudut negatif.
Pemahaman Muallaf dalam Akidah
Ketika
manusia dilahirkan ke dunia, jiwanya dalam keadaan fitrah. Fitrah manusia
adalah kenal kepada tuhan-Nya, cenderung kepada kebaikan dan tidak suka kepada
kejahatan.5 Sebagaimana Firman Allah dalam surah ar-Rum ayat 30 yang bermaksud:
“Maka
hadapkan wajahmu dengan lurus kepada agama Allah, tetaplah atas fitrah Allah
yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu”
Begitulah
fitrah semula jadi manusia berkehendak kepada agama. Tidak kira apa bangsa
sekalipun fitrah beragama merupakan agenda utama dalam mengatur kehidupan dunia
mereka. Agama Islam merupakan agama yang benar di sisi Allah Taala dan
mempunyai garis panduan peraturan hidup yang lurus dan jelas iaitu al-Quran dan
al-Sunnah. Agama Islam adalah agama yang dibawa oleh para Rasul. Semua Rasul
telah mengajak manusia ke jalan Allah SWT .Mereka telah menyampaikan risalah yang
sama iaitu mengesakan Allah SWT iaitu berkait dengan akidah umat Islam.2
Sebagaimana
kisah yang berlaku kepada Nur Athiroh Masyaa’il Tan @ Tan Ai Paoyang cuba
meminati ajaran Islam sejak di bangku sekolah menengah lagi. Ini kerana dalam
kajian psikologi menunjukkan dalam diri
manusia secara tabiinya mempunyai dorongan yang akan mendorongnya mencari
hakikat tentang sesuatu kebenaran sehingga ia berpuas hati dengan pencapaian
tersebut. Dalam soal mencari kebenaran seseorang yang bukan Muslim akan membuat
analisis dan melakukan penilaian terhadap kebenaran sesuatu agama yang sesuai
dengan fitrah dirinya.
Akhirnya
apabila telah dikenal pasti sesuatu agama yang memberi ketenangan jiwanya ,
maka ia akan meneruskan pencarian sehingga akhirnya mendapati agama Islam
menepati fitrah tabii manusia berkehendakkan ketuhanan yang hak dan beramal
dengan ajarannya sehingga dirinya merasai ketenangan dan kebahagiaan yang
mutlak. Sepanjang proses pencarian kebenaran sesuatu agama itu, saudara Muslim
akan menghadapi situasi kesamaran , ketidakyakinan, kekeliruan dan kesangsian
dalam diri mereka yang akhirnya akan membawa kepada cabaran spiritual dalam
pencarian dan menentukan agama yang seiring dengan fitrah dirinya.
Situasi
ini juga berlaku kepada Izzud Deen Abdullah @Rano hasil temu ramah saudara Muslim pada julai 2007 di Universiti
Kebangsaan Malaysia mendapati beliau juga cuba mengenal Islam sebelum mengucap
dua kalimah.kenyataan ini dikuatkan lagi dengan kisah saudara Muslim Mohamad
Dharmalingan yang memeluk agama Islam pada 27 April 1979.Beliau ditemu ramah
oleh Noorzila Jamaludin dari majalah Al-Islam keluaran Disember 1994. Beliau
telah mengecapi nikmat memeluk agama Islam setelah sekian lama mencari
kebenaran Islam sejak dari kecil dan sering mengucapkan perkataan Ahad.2
Berikut merupakan kisah saudara baru yang berkeinginan dengan fitrah ingin
mencari agama yang diredai.
Tambahan
lagi, terdapat juga saudara baru kita
yang memeluk agama Islam atas banyak faktor-faktor lain untuk memeluk Islam.
Berikut hasil dapatan kajian yang didapati daripada kalangan saudara baru
masyarakat Siam di Kelantan .Antaranya sebabnya ialah berkahwin , kerelaan
sendiri, pengaruh rakan dan lain-lain. Hasil kajian menunjukkan kerelaan
sendiri atau atas kehendak hati mereka sendiri merupakan faktor yang tertinggi
berbanding faktor berkahwin dan pengaruh rakan.7
Namun
begitu , terdapat juga faktor utama memeluk agama Islam iaitu perkahwinan.
Berikut ialah dapatan kajian yang dibuat kepada masyarakat Orang Asli di Negeri
Pahang. 6 Selain itu terdapat faktor-faktor lain iaitu hidayah Allah s.w.t dan
pengaruh rakan sebaya. Masyarakat ini tertarik kepada ajaran Islam adalah
disebabkan hidayah seta keinginan hati, tertarik kepada habuan , terpengaruh
oleh janji-janji pemimpin perkahwinan dan tawaran pembangunan. Namun, kajian
ini menyimpulkan bahawa mereka yang memeluk agama Islam berdasarkan hidayah dan
kerelaan hati , maka kesan terhadap ajaran yang mereka perolehi setelah memeluk
agama Islam adalah amat berkesan berbanding mereka yang memasuki agama Islam
kerana habuan, tawaran pembangunan dan perkahwinan.
Maka
dapat disimpulkan bahawa pemahaman seseorang Muallaf itu juga bergantung pada
niat dan kehendak hatinya dalam mencari kebenaran Islam. Seandainya hatinya
tulus ikhlas dalam berusaha mencari cahaya agama Allah, maka Allah akan hadir
memberi hidayah atau petunjuk bagi mereka yang benar berkehendak kepada-Nya.
Namun, masyarakat Islam juga perlu sedar bahawa peranan mereka bagi membetulkan
niat dan sentiasa bersama memberi bimbingan dan ajaran Islam supaya Muallaf
yang memasuki agama Islam selain kerelaan hati dapat menjadi Mukmin sejati setelah
dilatih dan diasuh dengan ajaran tauhid , fiqh dan akhlak. Oleh itu, di situlah
peranan pendakwah atau masyarakat khususnya bagi mengambil berat dan
memerhatikan setiap tindak tanduk mereka agar sentiasa dalam landasan Islam dan
berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mengamalkan dengan sepenuh kerelaan
hati.
Seterusnya dapatan kajian yang
menunjukkan tahap pemahaman daripada kalangan saudara baru masyarakat Siam di
Kelantan. Hasil dan dapatan kajian ini didapati kebanyakan responden memahami
tentang konsep kefahaman Islam dengan baik sekali. Mereka mengetahui konsep
ketauhidan kepada Allah dan menyedari tentang amalan-amalan ibadat yang wajib
bagi seseorang Muslim . Ini dapat disimpulkan bahawa konsep pemahaman terhadap
Islam dapat difahami dengan baik sekali. Namun begitu, saya dapati bahawa
analisis yang dibuat tidak menyeluruh dan masih perlukan pembaikan misalnya
memasukkan soalan yang lebih maksimum supaya melengkapi keseluruhan kefahaman
berkenaan dengan rukun iman yang enam dan rukun Islam yang lima dengan
sempurna.
Ini
kerana, Kepercayaan kepada rukun iman merupakan asas penting dan paling utama bagi
Muallaf khususnya. Rukun iman iaitu kepercayaan kepada Allah, Malaikat, Kitab,
Rasul, Hari Kiamat dan Qada’ dan Qadar. Sekiranya ini tidak dapat difahami
dengan baik, maka tiadalah nilai iman mereka. Pemahaman mereka berdasarkan
konsep rukun iman yang enam merupakan perkara yang perlu dipandang berat dan
sangat perlu diberi bimbingan dan pengajaran secara berterusan agar kefahaman
atau pemahaman mereka terhadap konsep iman dapat dibetulkan dan diteguhkan
sehingga kepada tahap yakin.
Namun
perlu juga di ambil perhatian bahawa, toleransi Islam tidak wujud kompromi
dalam hal akidah. Ini disebabkan akidah ialah perkara pokok yang menunjukkan ia
adalah seorang Muslim seperti mengucapkan dua kalimah syahadah menandakan
seseorang memeluk agama Islam. Akidah diibaratkan seperti sebuah kepercayaan
yang kukuh di dalam jiwa manusia akan keimanan dan hukum-hukum Allah seperti
tali yang tersimpul dan tidak dapat dirungkai lagi. Andai terjadi toleransi dalam
hal akidah ini, memberi makna bahawa perkara kunci yang menandakan seseorang
Islam itu juga sudah tiada.4
Kerana
itu, pemahaman akidah bukan sekadar yang asas tetapi adat atau budaya yang
bertentangan dengan Islam daripada
keluarga Muallaf yang belum Islam juga
perlu diberi kefahaman dan bimbingan tentangnya serta saudara Muallaf boleh menolak
secara baik apa yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Begitu juga kepada tahap pemahaman mereka
kepada konsep rukun Islam yang lima mereka juga memahami konsep rukun
Islam ini dengan baik sekali iaitu
mengucapkan dua kalimah syahadah, menunaikan solat lima waktu sehari semalam,
berpuasa pada bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan akhir sekali menunaikan
haji bagi yang berkemampuan. Ini dapat disimpulkan bahawa, kefahaman tentang
konsep rukun Islam perlu diberi perhatian. Jika mereka belum memahami, adalah
menjadi tanggungjawab kita untuk melaksanakan tugas menyampaikan dan mengajar
tentang konsep ajaran rukun Islam yang lima ini supaya menjadi sesuatu perkara
wajib di fahami dan di dalami dengan penuh penghayatan oleh setiap orang Islam.
Tambahan
lagi, saya melihat bahawa kajian yang telah dibuat sebenarnya untuk mencari
pemahaman Muallaf berkenaan dengan ilmu yang telah mereka dapat dan fahami.Ini
bertujuan bagi melahirkan golongan Muallaf yang sempurna dan mempunyai matlamat
iaitu semakin mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dan mendapat kebahagiaan
hidup di dunia dan di akhirat. Kerana itu, kajian itu dibuat untuk mengetahui
sejauh mana tahap kefahaman Muallaf
dalam ilmu fardu Ain mereka.
Bila
berbicara soal ilmu yang telah dikaitkan dengan pemahaman individu Muallaf
sebenarnya ia memang sangat berkait rapat. Ini kerana, ilmu merupakan panduan
bagi kefahaman bagi seseorang Muallaf. Justeru, dapat dilihat bahawa, ilmu fardu
ain ini merupakan ilmu asas yang wajib dipelajari oleh semua orang dan Muallaf
khususnya. Menurut Imam Al-Ghazali hukum mempelajari sesuatu ilmu menjadi fardu ain iaitu menjadi tanggungjawab
yang wajib dipikul oleh setiap individu , sementara ilmunya berkaitan syariah
dan segala cabangnya dimulai dengan menghayati al-Quran dan ibadat dasar
seperti syahadah , solat, puasa, zakat dan lain-lain kerana ia merupakan ilmu
untuk mengetahui cara mengamalkan perkara yang wajib. Ilmu fardu ain terdiri
daripada tiga bidang asas iaitu:
1- Iman
yang berkaitan dengan kepercayaan (iktikad) .Ia wajib dipelajari oleh setiap
Muslim .Al- Ghazali berpendapat lagi bahawa sudah cukup mempelajari dan
menerima secara takliq (ikutan) sahaja.
2- Melaksanakan
perintah-perintah agama iaitu berkaitan kehidupan seharian. Misalnya wajib
mempelajari bagaimana melaksanakan kewajipan ibadat.
3- Menghindarkan
diri daripada larangan-larangan Allah. Wajib bagi setiap Muslim mengetahui
semua perkara larangan Allah.
Ini
merupakan perkara asas yang perlu difahami oleh Muallaf bagi memahami Islam
dengan baik.
Pemahaman
Muallaf dalam Syariah
Syariah
boleh meliputi segala bidang antaranya, ibadah,
perkahwinan, muamalat perniagaan, ekonomi, politik, sosial, perundangan,
pendidikan dan sebagainya. Ini adalah yang berkaitan dengan hukum-hakam
syariah.
Berikut
adalah dapatan kajian daripada amalan masyarakat Siam di Kelantan menunjukkan
responden memberikan respon yang positif setelah memeluk agama Islam.
Berdasarkan analisis yang dibuat, menunjukkan responden telah melakukan amalan
Islam dengan sempurna. Terutamanya sekali dalam ibadat-ibadat wajib seperti
puasa dan sembahyang. Di samping itu, mereka juga melaksanakan amalan-amalan
yang boleh mendatangkan pahala seperti membaca al-Quran, menghadiri
ceramah-ceramah agama, berpakaian menutup aurat dan juga menitik beratkan soal
halal haram dalam kehidupan mereka. Mereka juga bergaul dalam kelompok
masyarakat majmuk. Meskipun terdapat segelintir di kalangan mereka yang masih
mengamalkan amalan adat masyarakat tradisi Siam iaitu adat laikatong iaitu satu
perayaan berbentuk kesenian yang merupakan adat membuang sial dalam diri
sesorang.7
Oleh
itu, peranan masyarakat dan pendakwah khususnya berperanan sekali lagi bagi
memastikan kefahaman mereka jelas dan tidak bertentangan dengan ajaran agama
Islam. Pemahaman bagi Muallaf terhadap Islam perlu dipertingkatkan dari segi
amalan harian mereka diisi dengan amalan-amalan yang boleh membawa manfaat dan
kebaikan yang selari dengan tuntutan syarak.
Pemahaman
kepada Muallaf ini juga perlu diberikan berdasarkan faktor sekeliling mereka,
umpamanya , sekiranya mereka ingin membuang sial di dalam diri mereka, perlulah
diajar akan cara atau garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama Islam
dengan membaca doa-doa tertentu , solat hajat dan sebagainya bagi menolak
musibah dan dimudahkan urusan. Oleh itu, amalan-amalan harian Muallaf Siam ini perlu dipenuhkan dengan
amalan-amalan Islam dalam kehidupan harian mereka sehingga mereka tidak merasa
susah untuk dilakukan dan berterusan diamalkan. Bagaimanapun hasil dapatan
kajian secara keseluruhannya , saudara baru masyarakat Siam di Kelantan telah
mencapai tahap kefahaman dan amalan agama Islam yang agak baik. Ini terbukti
mereka menjadikan Islam sebagai jalan untuk mencapai keredaan illahi.
Tambahan
lagi, kajian penduduk masyarakat Orang Asli di Pahang juga memberangsangkan
.Ini disebabkan hasil kajian di kalangan mereka telah mengamalkan ajaran Islam
dengan baik sebagai contoh membaca doa ketika makan, makan makanan yang halal,
dan menjaga kebersihan. Tahap pemakaian mereka juga bersih dan menutup aurat.
Dari segi sosial pula, mereka sangat sukakan aktiviti bersama atau yang berbentuk
kemasyarakatan. Kehidupan mereka juga tidak berpuak-puak seperti dahulu. Dari
segi ekonomi pula mereka mampu untuk berdikari dan sebahagian mereka telah
mencapai kejayaan. Dari segi pendidikan Islam, juga tidak dilupa, masyarakat
Orang Asli ini mampu mengambil wudu’ dan melakukan solat dengan sempurna. Ini
kerana, hasil daripada program-program ceramah , latihan amali , kelas fardu
ain dan kursus-kursus dilihat sedikit
sebanyak menyumbang ke arah keberkesanan dalam meningkatkan tahap kefahaman
masyarakat Orang Asli Muallaf di Negeri Pahang.4
Namun
harus diteliti juga dalam soal ibadah, Islam tidak membenarkan sebarang bentuk
toleransi dalam soal ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, dan sebagainya.
Islam tidak memaksa untuk memeluk agama Islam namun Islam tidak bebas dalam
pengamalan ibadah selain Islam, lantaran ibadah adalah tiang bagi seseorang
Muslim , maka tiada toleransi dalam hal tersebut. Jika seseorang dapat
berkompromi dalam hal demikian maka ia menafikan rukun Islam iaitu kunci atau
syarat beragama seorang Islam. Islam melarang umatnya mengamalkan ibadah agama
lain, sama ada untuk berkompromi sahaja dalam hal ibadah agama lain tersebut.4
Seterusnya
dalam aspek perkahwinan, dapatan kajian membuktikan antara faktor utama
masyarakat Orang Asli di Pahang menganut agama Islam ialah kerana perkahwinan.
Justeru, saya akan cuba membincangkan soal perkahwinan lebih dalam dan sejauh
mana tahap kefahaman atau pemahaman mualaf dalam perkahwinan dalam Islam.
Sering
kali kita akan mendengar ramai Muallaf juga memasuki atau menganut agama Islam
disebabkan atas faktor perkahwinan. Hakikatnya inilah yang mendorong mereka
untuk memeluk agama Islam. Perlu difahami bahawa Allah s.w.t itu memberikan
hidayah-Nya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki dan hidayah itu juga datang
melalui pelbagai cara dan salah satu daripadanya adalah melalui perkahwinan.
Pemelukan
agama Islam oleh seseorang Muallaf atas dasar untuk bernikah dengan orang Islam
hanyalah sebagai suatu penyebab mengapa
ia memeluk Islam. Masyarakat kita sering kali menyelar tindakan ini dengan
melabelkan seseorang itu memeluk Islam kerana hendak berkahwin.Ini merupakan
satu tanggapan yang salah. Apabila tanggapan ini diberikan kepada Muallaf menyebabkan mereka seperti tidak diiktiraf
oleh masyarakat Islam. Oleh itu, masyarakat Islam khususnya seharusnya
berperanan dalam mengurus urusan Muallaf bagi yang berkemampuan dengan
memberikan bantuan , bimbingan serta sokongan daripada semua pihak.7
Bagaimanapun
dalam hal perkahwinan , tiada perkahwinan dengan agama lain. Islam tidak
bertoleransi dalam hal perkahwinan .Sekiranya wujud hanya akan menyebabkan
berlakunya kekeliruan dan kekacauan. Ini kerana, toleransi Islam bagi
mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam perhubungan sesama Muslim mahupun
sesama non-Muslim.
Perlu
difahami bahawa, kesan apabila berlaku perkahwinan , sebelum atau selepas
mengucapkan kalimah syahadah kemudian
telah menganut agama Islam, Muallaf mesti difahamkan segera dengan
perkahwinan tersebut boleh mendatangkan kesan antaranya ialah sekiranya salah
seorang daripada pasangan suami atau isteri telah memeluk agama Islam, maka
mereka mempunyai tempoh idah iaitu selama tiga quru’ . Jika dalam tempoh
tersebut salah sorang daripada mereka (suami atau isteri) masih kekal dengan
agama asalnya yakni tidak memeluk agama Islam , maka perkahwinan itu terbatal
dengan sendirinya dan sekiranya kedua-dua telah memeluk agama Islam, maka tidak
perlu akad yang baru.
Selain
itu, seseorang anak yang dalam sesebuah keluarga memeluk Islam, sebenarnya
tidak terjejas dan tidak terputus sama sekali. Sebagaimana segelintir Muallaf
berpandangan terputus hubungan kekeluargaan.Ini kerana, banyak berlaku ibu bapa
yang tidak dapat menerima kerana anak mereka sudah menganut agama Islam.
Namun, Di sinilah terletaknya keindahan
Islam yang mengajar umatnya supaya sama sekali tidak memutuskan hubungan
kekeluargaan meskipun ibu bapa mereka masih belum menerima anak mereka setelah menganut
agama Islam.
Tambahan
lagi, seseorang anak yang telah memeluk agama Islam terhadap ibu bapanya yang
belum beragama Islam masih lagi sama dan
dituntut seperti menghormati dan mengasihi kedua ibu bapa, menziarahi keduanya
sekiranya perlu, menjaga ketika sakit , memberi nafkah dan sebagainya. Islam
tidak meletakkan sebarang perbezaan dan tembok pemisah sekalipun mereka
berlainan agama. Oleh itu , si anak wajib mentaati kedua ibu bapanya selagi
mana keduanya tidak menyuruh kepada perbuatan maksiat dan mungkar.
Walau
bagaimanapun, perlu diketahui bahawa batas pergaulan antara seseorang Muallaf
sama ada lelaki atau perempuan dengan ahli keluarganya yang bukan Islam adalah
sama dengan batas pergaulan atau aurat di antara orang Islam dengan bukan Islam
yang lain.7
Tambahan
lagi, si anak tidak boleh menghadirkan diri dalam sebarang majlis atau perayaan
keluarganya yang melibatkan upacara keagamaan bukan Islam. Ini kerana, terdapat
batas dan halangan tertentu dan ia adalah melibatkan persoalan akidah sekalipun
hanya sekadar untuk menghormati keluarganya. Si anak boleh menghormati
keluarganya yang bukan Islam apabila ia melibatkan hubungan sesama insan
seperti berbuat baik, bantu-membantu, hormat-menghormati kepada kedua-dua ibu
bapa dan keluarga yang lain.
Pemahaman
Muallaf dalam Akhlak
Dewasa
ini, masyarakat Islam tidak lagi menjaga akhlaknya. Akhlak yang dianjurkan oleh
Islam tidak lagi menjadi satu amalan bagi umat Islam. Islam menjadi kabur kerana
akhlaknya tidak dihayati. Islam juga telah di salah fahamkan kerana akhlaknya
ditinggalkan. Ini menyebabkan kekeliruan segelintir Golongan Muallaf terhadap
akhlak umat Islam kerana disebabkan oleh akhlak masyarakat Islam yang gagal
mencerminkan kemuliaan akhlak.
Sebagaimana
telah berlaku oleh Sebahagian besar daripada kita tentu sudah mengetahui bahawa
artis terkenal di Malaysia iaitu Adam Corie atau nama sebenar beliau ialah
Corie Lee telah menganut agama Islam. Di dalam kesyukuran umat Islam kepada
Adam kerana telah menganut agama Islam, namun turut hadir sebahagian masyarakat
Islam yang mengucapkan sesuatu yang tidak baik dan merendah-rendahkan agama
yang telah dianuti oleh Adam Corie sehingga beliau membalas dengan kata-kata
sebagai tanda luahan kesal kepada segelintir masyarakat yang berpandangan
negatif terhadap beliau. Berikut ialah
pernyataan beliau di laman sosial muka buku “Ooo macam ni rupanya pandangan
segelintir masyarakat pada saudara baru seperti saya. saya peluk Islam kerana
saya mencari pegangan dalam hidup saya setelah mengkaji semua agama, bukan
kerana wanita , harta, politik, dan nama. hanya kerana Allah Taala. Hati memang
terguris tapi tak mengapa saya maafkan mereka semua, semoga Allah rahmati kita
semua.”
Tambahan
lagi, sebahagian saudara Muallaf yang baru memeluk agama Islam juga mengakui
segelintir masyarakat Melayu Muslim memberi bimbingan utama dengan mengubah
corak dan cara hidup Muslim. Misalnya, menyediakan
pakaian baju kurung bagi saudara Muslim wanita, mengajar memakai kain sarung ,
memakai jubah dan serban , tidak perlu ziarah dan menyambut perayaan seperti
tahun baru cina. Dengan suasana begini , jelas menunjukkan masyarakat tidak
cuba memahami bahawa kemungkinan wujudnya sensitiviti di kalangan saudara Muslim kerana mengubah
cara dan gaya hidup mereka yang selama ini perbuatan dan amalan tersebut tidak
sekalipun bertentangan dengan tuntutan agama. Oleh sebab itu, secara umumnya
masyarakat cina beranggapan bahawa menukar agama kepada agama Islam bererti
masuk Melayu. 2
Begitulah
di dalam Islam mementingkan pendidikan akhlak, seperti yang telah dinyatakan,
Rasulullah s.a.w yang berakhlak mulia dan diutus untuk menyempurnakan akhlak
manusia. Baginda adalah contoh dan ikutan yang baik dan akhlak baginda juga
umpama jelmaan dari ajaran al-Quran. Masyarakat Islam boleh mengambil semula
sirah akhlak nabi Muhammad s.a.w kepada saudara yang baru memeluk agama Islam.
Menurut Ibn al-Athir : Akhlak adalah gambaran batin insan , tingkah laku dan
budi pekerti yang lahiriah (al-suluk)adalah gambaran sifat-sifat akhlak yang batin itu. Akhlak
juga telah disimpulkan oleh ulama’ iaitu akhlak ialah sifat maknawi dan
kejiwaan ia terjelma dan lahir melalui tingkah laku dan budi pekerti seseorang,
akhlak adalah asas sumber tingkah laku dan budi pekerti dan gambarannya, tingkah laku yang buruk menggambarkan akhlak
yang buruk dan demikian sebaliknya.
Oleh itu, gambaran yang buruk jika ditonjolkan
hanya akan membuat orang bukan Islam membenci agama Islam sedangkan ia datang
daripada masyarakat Islam itu sendiri. Justeru, akhlak merupakan dakwah utama
bagi menarik mualaf iaitu orang yang belum menganut agama Islam yang dijinakkan
hatinya agar tertarik dengan Islam. Ini secara langsung merupakan dakwah yang
paling berkesan yang pernah dilakukan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. Sekali
gus, mengubah minda orang bukan Islam kepada keindahan akhlak dalam Islam dan
masyarakat Islam khususnya.
Namun
begitu, pemahaman Muallaf dalam Islam dapat dilihat juga dalam hasil dapatan
kajian saudara baru masyarakat Siam di Kelantan telah dibuat kesimpulan bahawa
mereka telah mengetahui tentang pahala dan dosa, mereka telah mengaplikasikan
akhlak dan akidah Islam dalam kehidupan seharian. Mereka telah difahamkan
bahawa Islam sangat menggalakkan umatnya
menjalinkan hubungan yang baik sesama manusia, tidak mengira bangsa, warna
kulit , adat mahupun budaya. Kerana itulah pergaulan mesra di kalangan semua
bangsa terjalin erat. Walaupun telah bergelar Muslim, mereka masih berhubung
dengan bangsa mereka yang tidak Islam dengan baik sekali. Begitu juga dapatan
kajian masyarakat orang Asli di Pahang , mereka tidak lagi berkawan dengan
puak-puak mereka sendiri. Mereka juga lebih senang berkawan dengan suku bangsa
yang berlainan dengan mereka. Jelas
sekali ini memperlihatkan bahawa mereka tidak pernah merasa tersisih dalam kelompok asal mereka.
Hubungan persaudaraan mahupun persahabatan masih boleh diteruskan walaupun
telah bergelar seorang Muslim.
Justeru,
keindahan akhlak dalam Islam perlu diberi perhatian yang sewajarnya agar
golongan Muallaf tidak berasa tersisih dengan menyediakan keperluan, bimbingan
dan kebajikan atau kewangan yang sepatutnya agar mereka merasakan agama Islam
ialah agama yang sentiasa menjaga kebajikan saudara baru seperti mereka dan
memelihara mereka yang tidak berupaya dan yang perlukan bantuan.
Penutup
Islam adalah agama
yang syumul. Ruang lingkupnya mencakupi segala keperluan manusia iaitu akidah ,
syariah dan akhlak. Islam menghormati dan menjamin hak-hak individu dan
masyarakat tanpa mengira kedudukan dan status seseorang, sama ada lelaki atau
perempuan. Hak-hak orang bukan Islam juga dipelihara dan dihormati.
Muallaf di Malaysia
telah diberikan keadilan dari segi hak-haknya. Pelbagai usaha telah dilakukan
dan dilaksanakan. Ini kerana masyarakat Islam memahami bahawa keadilan dalam
Islam berteras kepada tauhid. Justeru keadilan adalah sebahagian daripada
tuntutan ajaran Islam yang perlu ditegakkan dan dilaksanakan dalam kehidupan
bermasyarakat dan pemerintahan. Begitu juga Dari perspektif Islam kehidupan
manusia mencakupi bukan sahaja tuntutan kebendaan dan hubungan sesama manusia
dalam bidang muamalah, bahkan mencakupi ibadat.
Tambahan
lagi, Muallaf dituntut untuk memahami
bahawa Ibadat adalah suatu tuntutan syarak yang mesti dilaksanakan oleh setiap
individu Muslim iaitu dengan melakukan perkara yang disukai oleh Allah s.w.t.
sama ada perkataan atau perbuatan, zahir dan batin. Tuntutan dalam melaksanakan
perintah ibadat tidak dibezakan antara lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan
balasannya. Selain itu, golongan Muallaf juga perlu difahamkan dengan matlamat
dalam kehidupan orang Islam adalah untuk mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia
dan di akhirat dan matlamat mereka diciptakan.
Sehinggalah
kepada pembentukan masyarakat bermula daripada keluarga dan rumah tangga juga
mesti difahamkan kepada golongan Muallaf bahawa unit-unit keluarga ini akan
membentuk masyarakat dan ummah. Islam memberi garis panduan bagaimana sesebuah
rumah tangga itu dibentuk dengan cara yang adil dan sesuai dengan naluri
manusia.
Justeru manusia itu tiada perbezaan kejadiannya khususnya
Muallaf dan Islam memberikan hak persamaan dari sudut agama, pemilikan harta ,
sosial, ekonomi , pentadbiran , pendidikan dan sebagainya perlu difahamkan
secara menyeluruh kepada golongan Muallaf dari pandangan perspektif Islam.
*Bina Ukhuwah dalam bersama mengajak Muallaf ke syurga bersama~
11:02 PM
No comments
PERANAN WANITA DALAM PENGUKUHAN AKIDAH UMAT ISLAM
Pendahuluan
Wanita Islam sangat berperanan dalam hubungannya dengan konsep
akidah yang menjadi tonggak penting bagi kehidupan umat Islam. Terdapat empat bahagian
utama yang akan dibincangkan iaitu :
1)Kedudukan dan peranan wanita sebelum Islam dan sesudah Islam
Kedudukan wanita sebelum kedatangan Islam- Wanita dianggap sebagai hamba dan harta peribadi lelaki. Kedudukan
wanita tidak terbela dan tidak diberi hak serta nilai maruah dianggap rendah.
Wanita juga tidak diberi penghormatan sehingga nasib dan masa depan mereka tidak
mendapat tempat di sisi masyarakat sebagaimana yang berlaku pada zaman Yunani,
Romawi, Mesir kuno , Jazirah Arab dan sebagainya.
Kedudukan wanita selepas kedatangan Islam- wanita telah diangkat kedudukannya, dimuliakan, dikembalikan
hak-hak yang telah dirampas dan mereka telah diiktiraf oleh lelaki dalam
kehidupan serta berperanan dalam kehidupan individu dan masyarakat. Islam telah
meletakkan wanita dalam tiga kategori penting mengikut keupayaan iaitu sebagai
ibu, isteri dan anak perempuan. Kedudukan wanita dan lelaki telah diiktiraf dari
segi hak dan kewajipan dalam
melaksanakan tugas-tugas agama. Demikianlah, akidah dan iman merupakan syarat
asas bagi menegakkan agama baik lelaki atau perempuan.
Tambahan lagi, peranan wanita adalah seimbang dengan peranan lelaki
dan wanita juga merupakan aset penting dalam memajukan ummah , hal ehwal
keagamaan dan keduniaan. Wanita pada kedatangan Islam terkenal dengan sifat
mujahadah, pendakwah, usahawan dan faham dalam urusan keagamaan.
Skop Akidah Islamiah
Akidah: bahasa: berasal daripada bahasa arab iaitu ikatan,tetap,
percaya, kukuh, pegangan, tetap dan yakin. Akidah dalam agama ialah iktikad
semata-mata dan tidak termasuk amalan kerana akidah ialah apa yang diyakini
oleh seseorang di dalam hatinya dengan keyakinan yang putus sama ada benar atau
salah.
Istilah: akidah Islamiah: kepercayaan yang teguh terhadap
rububiyyah Allah dan uluhiyyah-Nya, nama-nama, sifat-sifat-Nya,
malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab, rasul-rasul-Nya , qadar baik dan buruk dan
semua yang thabit di dalam masalah ghaib dan usuluddin yang disepakati oleh
salaf al-Salih.
Akidah Islam amat istimewa kerana dua perkara:
Pertama: akidah ini mempunyai daya untuk menggerakkan amal dan usaha yang menepati dengan corak akidah
Islamiah.
Kedua: akidah ini mempunyai daya tarikan yang bersifat ghaib yang
menghubungkan seseorang manusia itu dengan perkara-perkara yang wujud di
sebalik alam ini.
Kepentingan peranan wanita Islam dalam penerapan Akidah
Islamiah
Wanita Islam dalam menerajui kepimpinan rumah tangga ialah yang
sentiasa mendapat keredaan Allah. Prasyarat utama yang mesti ada dalam dirinya
ialah kesedaran dan penghayatan terhadap Islam.
Wanita Islam sebagai individu Muslim dan Mukmin wajib
menyediakan dirinya dengan pengetahuan tentang akidah Islamiah dan keimanan
supaya akidah tersebut tertanam kukuh dan teguh dalam jiwanya.
Wanita Islam sebagai isteri dalam memastikan suaminya juga
memiliki pengetahuan akidah Islamiah dan keimanan yang kental supaya hidup
berkeluarga mendapat keredaan Allah. Jika suami terlalai atau terleka , maka
menjadi tanggungjawab isteri menyedarkan suaminya supaya kembali ke jalan yang
diredai Allah.
Wanita juga berperanan sebagai ibu dalam mengasuh dan
mendidik anak-anak agar dapat melahirkan
insan yang beriman dan berguna.
Metode Penerapan Akidah Islamiah
Usaha-usaha penanaman akidah Islamiah boleh dimulakan oleh
seseorang wanita Islam bermula dari awal proses pembentukan keluarga lagi
sehingga saat kematian seseorang individu Muslim. Berikut ialah pembahagian beberapa fasa
tempoh kewujudan manusia dengan diikuti tugas-tugas perkembangan yang perlu
dilakukan oleh seseorang individu Muslim.
Perkembangan
Manusia
|
Peranan
wanita dalam tugas-tugas perkembangan Manusia
|
Pertama: Tempoh pra-konsepsi: Sebelum masa pembuahan sperma dan ovum
|
1.mencari
pasangan hidup yang baik
2.Memastikan
diri segera berkahwin secara sah-mengelakkan maksiat
3.Berusaha
bangunkan keluarga sakinah –cinta kasih dan kasih sayang dengan iman dan
taqwa.
4.sentiasa
berdoa untuk zuriat yang soleh dan solehah
(
Ini bagi menyediakan tapak yang kukuh, baik dan subur bagi menjamin penanaman
akidah Islamiah.)
|
Kedua: Tempoh pra-natal iaitu Dimulai dari
pembuahan sperma sehingga kelahiran
|
1.Pelihara
suasana psikologi yang damai dan tenteram- untuk setiap yang berada di
sekelilingnya.
2.Meningkatkan
amal dan tinggal maksiat – janin mendapat hidayah Allah.
3.Sentiasa
berdoa- untuk kandungan dan dirinya.
|
Ketiga: Tempoh kelahiran sehingga meninggal
dunia
|
1.Fasa
dari kelahiran – empat minggu :
- Memastikan
azan dibacakan di telinga kanan- iqamah di telinga kiri
-
Membuat akikah-tanda kesyukuran
-
Beri nama anak yang baik
-
Menjaga kebersihan dan kesucian
-
Mencuba memberi susu ibu sehingga berumur dua tahun
2.Fasa
kanak-kanak: Usia sebulan sehingga sekitar usia tujuh tahun
- Memastikan
pertumbuhan potensi-potensi indera dan psikologi anak-anak- selari dengan
perintah Allah
-Membiasakan
dan melatih diri bercakap, bergaul dengan perlakuan yang baik
-Memperkenalkan
aspek-aspek ajaran agama- berkaitan akidah Islamiah: Rukun Iman
3.Fasa
tamyiz: anak mula membezakan yang buruk dan yang baik: sekitar usia tujuh
tahun hingga 12-13 tahun.
-Peka
dengan perubahan persepsi konkrit anak-anak menuju kepada abstrak- idea-idea
ketuhanan dan perkara ghaib
- peka dan prihatin dengan perkembangan
ajaran-ajaran normatif agama melalui institusi sekolah-pengajian akidah dalam
bentuk formal atau informal
4.
Fasa Baligh: Anak sudah mencapai usia dewasa
-Memastikan
anak-anak mengetahui bacaan al-Quran dan pemahamannya.
-pastikan
anak-anak boleh mengaplikasikan pengetahuan tentang akidah dalam menjaga
tingkah laku atau hubungan.
-Pastikan
mereka memiliki kesediaan untuk bertanggungjawab apa yang dibuat.
-Pastikan
mereka mampu dan berusaha membentengi diri dari segala maksiat.
5.Fasa
kearifan dan kebijaksanaan: Memiliki
tingkat kesedaran dan kecerdasan emosional, moral , spiritual dan agama
secara mendalam. Wanita pada fasa ini lebih berperanan terhadap diri sendiri
tanpa melepaskan tanggungjawabnya kepada anak-anak.
-Mengaplikasikan
sifat-sifat rasulullah s.a.w- amanah, tabligh, sidq dan fatanah.
-Tingkat
kesedaran terhadap peranan sosial dengan niat amal soleh- masa terluang
digunakan sepenuhnya untuk menyedarkan masyarakat , mendidik dan membantu
menanam akidah dalam diri mereka.
-Berusaha
meningkatkan ketakwaan dan mendekatkan diri kepada Allah
-Memastikan
persiapan diri dibuat dengan sebaik mungkin- kerana kematian semakin dekat.
|
Kesimpulan
Wanita berperanan penting dalam menerap dan memperkukuhkan akidah Islamiah
dalam diri sendiri, anak-anak di bawah asuhan dan didikannya, ahli keluarga
yang lain dan masyarakat setempat. Justeru, ini memperlihatkan bahawa dalam
memainkan peranan, wanita perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman diri
secukupnya bagi memastikan perkembangan diri, keluarga , saudara dan masyarakat
berjalan dengan baik menurut nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Demikianlah akan
wujudnya masyarakat Islam yang diimpikan kerana semuanya bermula daripada peranan
seorang wanita Islam dalam penerapan akidah Islamiah.
* Susunan semula
10:46 PM
No comments
IMAM ABU HASAN AL-ASY’ARI : ANALISA BERHUBUNG SUMBANGAN TAJDID DAN ISLAHNYA.
Pendahuluan
Imam Abu Hasan al-Asy’ari merupakan
ulama’ Islam yang terkenal dan mempelopori satu aliran pemikiran dalam
bidang akidah iaitu aliran al-Asya’irah. Aliran ini mendapat tempat di hati
umat Islam dan telah mempengaruhi keutamaan dan keunggulannya mendominasi
pegangan majoriti umat Islam di seluruh dunia. Sokongan yang dicapai kerana
kombinasi yang digunakan iaitu berpaksikan al-Quran dan al-Sunah sebagai asas
akidah dan pemikirannya serta mengambil rasional akal dalam huraian-huraiannya
terhadap kenyataan-kenyataan dalam al-Quran. Serentak dengan pengaruh besarnya
ini telah meletakkan Imam Abu Hasan Al-Asy’ari sebagai ulama’ mujaddid mewakili
kurun ketiga hijrah.
Tajdid al-Din dari
perspektif Islam yang bermaksud membezakan sesuatu perkara yang merupakan
tuntutan agama daripada sesuatu perkara yang bukan selainnya. Oleh itu, peranan
tajdid dan islah ialah membersih dan memurnikan penghayatan dan amalan
masyarakat daripada penyelewengan dan bid’ah , sama ada penyelewengan itu lahir
daripada faktor dalaman masyarakat itu sendiri atau dari anasir pengaruh
pemikiran asing yang tidak menepati tuntutan agama.
Sehubungan dengan ini, Ibnu Taimiyyah berpendapat bahawa penyelewengan dalam agama
selalu melibatkan dua kategori. Pertama iaitu penyelewengan pemikiran iaitu
menganggap kebenaran sebagai kebatilan dan keburukan sebagai kebaikan. Kedua
iaitu penyelewengan peribadi dan akhlak yang lahir dari dorongan nafsu ,
syahwat dan kebendaan. Ibnu Taimiyyah menyifatkan bahawa penyelewengan
pemikiran iaitu bida’ah atau syubhat lebih berbahaya daripada penyelewengan
dari sudut keperibadian dan akhlak.
Demikianlah, akan diulas lebih terperinci akan contoh dan usaha
yang dilakukan oleh Abu Hasan Al-Asy’ari dalam memperbaiki penyelewengan
pemikiran dan keperibadian beliau.
Latar belakang keluarga dan pendidikan
Nama Imam Abu Hasan
Al-Asy’ri ialah Ali bin Ismail bin Abi Basyr Ishaq bin Salim bin Ismail bin
Abdullah bin Musa bin Bilal bin Amir Basrah bin Abi Burdah Amir bin Abi Musa
Abdullah bin Qays bin Haddar al- Ays’ari al-Basri al-yamani. Beliau dilahirkan
di Basrah, Iraq pada tahun 160H / 873 M dan meninggal pada tahun 324 H /
935 M di kota Baghdad. Berdasarkan
penjelasan ini, ternyata beliau adalah dari keturunan salah seorang
sahabat Rasulullah s.a.w tersohor iaitu Abu Musa Al-Asy’ari.
Pendidikan: ketika
ayahnya hampir meninggal dunia, beliau telah diwasiatkan kepada ulama’ terkenal
dalam bidang fiqh dan hadis iaitu zakaria bin yahya al-sahi. Ini menjadikan
beliau mempunyai kecenderungan dan pegangan yang kuat kepada hadis kerana
pengaruh bapa dan gurunya. Setelah kematian ayahnya, ibunya telah berkahwin
dengan seorang tokoh Muktazilah iaitu Abu Ali al-Jubba’i.Ini telah mempengaruhi
beliau dan telah menguasai ilmu kalam dengan mendalam , bahkan menjadi antara
tokoh yang terkenal Muktazilah yang pernah mewakili aliran tersebut dalam
perdebatan dengan para ulama’ ahli sunah wal jemaah.
Pengikhtirafan Ulama sezaman terhadap ketokohannya
Ibn Shakir al-Zarkali:
hasil tulisan beliau mencecah 300 buah karangan kecil dan besar. Di mana
tulisan-tulisan beliau merangkumi bidang akidah, tafsir, syariah dan usul.
Al-Khatib al-Baghdadi:
Beliau adalah Ulama kalam yang menulis kitab dan karangan yang banyak khususnya
menolak aliran Mulhid dalam masyarakat dan semua aliran bida’ah.
Abu Bakr al-Sayrafi: Aliran
Muktazilah mendapat kedudukan tinggi untuk beberapa ketika, sehinggalah beliau
diberi petunjuk lalu keluar dan bangkit menentang aliran Muktazilah.
Ibn Khaldun: Menyifatkan
beliau tokoh yang menegak dan memperjuangkan aliran ahli sunah wal jemaah
sehingga dinisbahkan sebagai aliran al-Asy’ari.
Ibn Asakir : beliau
seorang yang wara’, menjaga penglihatan, tinggi kualiti, malu dengan dunia, dan
cergas dengan amalan akhirat.
Peringkat-peringkat pemikirannya
Beliau telah melalui peringkat-peringkat pemikiran yang berbeza
atas faktor persekitaran yang mempengaruhi pemikirannya. Pada mulanya beraliran
Muktazilah kerana memperoleh didikan daripada Abu Ali al-Juba’i,bapa tirinya.
kemudian telah bertaubat setelah berumur 40 tahun kerana bermimpi bertemu
dengan rasulullah s.a.w meminta beliau bangun dan mendukung dan mempertahankan
aliran ahli hadis dan salaf al-ummah. dan mengisytiharkan keluar dari mazhab
tersebut pada hari Jumaat di Masjid Jami’ Basrah. Kemudian beliau telah
mengikuti aliran ahli sunah wal jemaah melalui pendekatan khalaf atau secara
khususnya aliran Abdullah bin Sa’id bin Kilab.
Di peringkat ini, Beliau bangun mengemukakan kritikan dan
penentangan terhadap aliran Muktazilah sebagaimana dijelaskan di bukunya al Luma’ fi al- Rad ‘al-Ahl al Zaigh wa
al-bida. Pada peringkat ini juga, beliau jelas menyokong mazhab Imam Ahmad bin
Hanbal dalam bukunya al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah.
Metodologi Imam Abu Hasan Al-Asy’ari
Jika dahulu beliau beraliran Muktazilah, dengan menggunakan
pendekatan aliran ini dalam akidah yang mendahulukan akal ke atas naqal.
Kemudian beliau telah mendapat petunjuk dan bertaubat dari pemikiran Muktazilah
dengan mengubah metodologinya kepada menyepadukan antara al-Quran dan hadis
dengan menganalisa keduanya berasaskan rasional akal.
Imam Abu Hasan Al-Asy’ari sebagai Mujaddid
Antara asas dan pendekatan tajdidnya dapat disimpulkan seperti
berikut:
a)Teladan memenuhi taubat akibat aktiviti penyelewengan pemikiran
Beliau telah diberi petunjuk dan kembali kepada kebenaran. Oleh
itu, beliau telah mengisytiharkan taubatnya dan menarik pernyataan beliau
sebelum ini dan seterusnya bekerja keras memperbetulkan pemikiran masyarakat
serta menentang Muktazilah .Pengisytiharan ini dilakukan di masjid dengan suara
yang nyaring bagi menegaskan akan azam beliau untuk memperbaiki
penyelewengan-penyelewengan masyarakat dan menentang Muktazilah.
Kesan daripada itu, aliran Muktazilah semakin lemah dan sekali gus
berjaya mempertingkatkan keyakinan meluas kefahaman masyarakat yang telah yakin
dengan terhadap keterangan-keterangan kitab dan
sunah berasaskan pendekatan ahli sunah wal jemaah. Di sini membuktikan
beliau telah memenuhi prasyarat taubat dengan bangkit memperbaiki pemikiran masyarakat
yang rosak kepada kebenaran yang tepat dan benar sama ada melalui media lisan
atau tulisan.
b)Usaha menangani penyelewengan
Antara usaha yang dilakukan dalam menghapuskan penyelewengan sama
ada gerakan Muktazilah, atau golongan mujassimah dan karamiah.
1-
Menyertai
perdebatan dan perbahasan dengan
pimpinan pelbagai aliran menyeleweng berasaskan objektif kebenaran, beretika
dan baik. Menerusi wasilah ini, beliau telah berjaya memperlihatkan kelemahan
dan kesilapan pemikiran yang menjadi pegangan golongan yang menyeleweng serta
berjaya mengetengahkan bahawa pendokong Muktazilah lebih bersikap terbawa-bawa
dan dengan kecenderungan hawa nafsu dan taqlid.
2-
Menggunakan
pendekatan persuratan dan penulisan
dalam membudayakan penghayatan kebenaran dan kebaikan. Di mana, kepentingan dan
keperluan umat Islam untuk membuat pembacaan dan penyelidikan kepada ayat-ayat
Allah. Berasaskan ini, beliau telah menggunakan lapangan persuratan dalam
mengembalikan kemurnian aqidah dan pemikiran umat kepada landasan pemikiran dan
keperibadian yang benar dan diredai Allah.Antara himpunan tulisannya pula
melebihi 300 buah kitab mengikut riwayat zakkali dan 55 buah kitab riwayat Ibn
Hazm.
3-
Beliau
juga membuka madrasah pengajaran supaya dapat melahirkan ilmuan yang
ramai sehingga memberi pengaruh besar ke seluruh pelosok dunia. Muncullah
ulama’ besar yang menyebar luas pemikiran beliau antaranya al-Qadi Abu Bakr,
Syeikh Abu Ishaq, Abd Malik termasuk juga Imam al-Ghazali.
c) Mengasaskan Ilmu Kalam Sunni
Beliau telah menggunakan pendekatan melalui senjata ilmu kalam
sebagai senjata menyerang balas. Ini kerana, Kalangan pemimpin Muktazilah
menggunakan ilmu kalam sebagai penegak pemikiran aqidah mereka. Beliau
dikatakan menggunakan ilmu kalam sunni kerana menggunakan dan menganalisa
ayat-ayat al-Quran berasaskan rasional akal bagi menolak kebatilan pemikiran
Muktazilah. Melalui pendekatan ini, beliau berjaya membetulkan dan menghalang perkembangan dan perluasan
aliran-aliran tersebut. Pendekatan Baru ini telah meletakkan beliau sebagai
tokoh besar yang mengambil pendekatan pertengahan antara Muktazilah dan
Muhaddisin.
Ini memberi kesimpulan bahawa agama dan akidah yang benar selari
dengan rasional akal dan rasional akal yang sah dan benar ialah yang mendukung
agama dan akidah yang sah. Tidak akan berlaku pertentangan antara keduanya,
jika berlaku sebaliknya ternyata rasional akal itu tidak sah dan mesti ditolak.
d) Memperkenalkan pendekatan pendidikan akidah uluhiah melalui
klasifikasi sifat nafsiah , sifat salbiah dan sifat ma’aniah
Beliau juga adalah ulama’ Islam yang memperkenalkan pendidikan
akidah uluhiyah (sifat-sifat Allah) melalui 13 sifat yang diklasifikasikan
kepada sifat nafsiah, sifat salbiah dan sifat ma’aniah. Kemudian telah ditambah
7 sifat lagi oleh Imam Abu Mansur al-Maturidi yang dinamakan sebagai kumpulan
sifat al-ma’nawiyyah. Ini telah meletakkan umat Islam sebagai asas pendidikan
akidah generasi muda dan seterusnya.
Keunggulan pendekatan pendidikan akidah berasaskan konsep sifat 20
begitu kukuh menguasai umat Islam kerana ia diperkukuhkan dengan konsep dan
asas daripada dalil-dalil al-Quran dan hadis di samping dalil-dalil rasional
akal.
Kesimpulan
Imam Abu Hasan al-Asy’ari telah mengembalikan peranan wahyu
mengatasi akal serta menyatukan asas pendalilan dalam akidah Islam kepada naqal
dan akal. Di sini menunjukkan bahawa beliau telah membawa pendekatan tersendiri
di mana beliau mengambil pendekatan sederhana dan pertengahan mengenai
pemikiran falsafah dalam isu-isu yang mempunyai hubungan dengan nas-nas
al-Quran dan Sunah. Ini merupakan sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh Hadis
dan fuqaha sebelumnya bagi menentang pemikiran yang menyeleweng. Sekali gus
memperlihatkan kelebihan beliau dalam memberi sumbangan terhadap akidah umat
Islam sehingga kini. Di samping beliau berjaya memberi pengaruh besar sehingga
ke pelusuk dunia akan aliran yang di bawa iaitu aliran ahli sunah wal jemaah
sehingga melayakkan beliau sebagai ulama’ mujaddid.
* Disusun semula