This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Bahagia Allah bersama kita

Tuesday, August 19, 2014

HOMESTAY MURAH, PROTON CITY, TANJUNG MALIM , UPSI

RM 130 tingkat 3 Maklumat lanjut boleh hubungi: No Tel: 019-3617856 Encik Nawawi

Friday, August 8, 2014

Ketupat Orang Melayu

Tuesday, June 10, 2014

Tahap penerimaan dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

BAB 1

1.1 Penyataan Masalah
ΓΌ  Mengapa tahap penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan kini semakin kurang mendapat sambutan dan lebih mengutamakan bahasa kaum sendiri dan Bahasa Inggeris?
ΓΌ  Mengapa tahap penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dilihat kurang penting dan sering timbul konflik dalam masyarakat terutama dalam bidang pendidikan?
ΓΌ  Benarkah Bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan ini berperanan sebagai alat komunikasi yang membantu memupuk perpaduan antara kaum menurut persepsi pelajar?
1.2 Objektif Kajian
ΓΌ  Mengenal pasti tahap penerimaan pelajar UKM terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
ΓΌ  Mengenal pasti tahap penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan  di kalangan pelajar UKM.
ΓΌ  Mengkaji sejauh mana perpaduan kaum dapat dipupuk  hasil daripada penerimaan dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di kalangan pelajar UKM .
1.3 Metadologi Kajian dan Rekabentuk Kajian
Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kuantitatif dan temuduga tokoh di Fakulti Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA). Tujuan reka bentuk kes dan temuduga dijalankan ialah untuk mengenal pasti dan mencari secara data secara intensif.
Sampel kajian
Seramai 30 orang responden yang dipilih untuk menjalan kajian ini yang terdiri daripada pelajar kaum Cina dan India iaitu dari Fakulti Sains Teknologi (FST), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FTSM)  dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).
Alat Kajian
Alat kajian yang digunakan untuk kajian ini ialah satu set soal selidik. Set soal selidik ini mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A (butir diri responden). Manakala bahagian B (soal selidik).
1.4 Lokasi
Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi




BAB 2

2. PENGENALAN
Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum, berbeza dari keturunan , budaya, agama, dan bahasa.  Untuk melahirkan rakyat yang bersatu dan patriotik kepada Malaysia, perlu membuat perancangan sosial yang dapat menyatukan mereka.
Dalam perancangan sosial ini, pendidikan menjadi alat utama yang dimanipulasi untuk melahirkan rakyat yang bersatu. Bahasa menjadi wahana menyampaikan pendidikan. Falsafah ini termaktub dalam penyata Razak (1956) . Gagasan Tun Razak ialah kanak-kanak di persekutuan Tanah Melayu ini dikendaki belajar tentang perkara yang sama melalui bahasa kebangsaan yang sama untuk melahirkan rakyat yang bersatu dan yang menganggap Persekutuan Tanah Melayu ini sebagai negara mereka (Abdullah Hassan: 252-253).
Bahasa yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan rakyat Malaysia. Umum telah mengetahui bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi , bahasa pentadbiran, bahsa perdagangan, bahasa ilmu, bahasa perhubungan dan bahasa harian negara ini sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke-15 lagi. Taraf bahasa Melayu ini diakui bukan sahaja oleh sumber-sumber sejarah Melayu tetapi juga Portugis, Belanda dan Inggeris. Maka tidak hairan sekiranya bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Bahasa Melayu juga sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan serta sebagai alat untuk mencapai perpaduan kebangsaan dan pembentukkan satu bangsa Malaysia ( Zainal Abidin 1996: 243).
Namun, timbul usaha sebahagian pihak untuk menukar bahasa penghantar dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris dimana ia boleh mengugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dan bahasa perpaduan. Ia juga memberi kesan kepada pemikiran etnik lain untuk menukar dan mengelak daripada menggunakan bahasa Melayu dalam pendidikan mereka . Ini sekali gus menghancurkan penyata Razak 1956 yang pernah berjaya menyatukan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu. (Abdullah Hassan: 1996)
Oleh itu, dalam bab dua ini mengkaji akan persoalan sejarah bagaimana rakyat berbilang kaum merancang dan mencapai perpaduan yang melibatkan Bahasa Kebangsaan. Dimana bahasa kebangsaan telah menjadi bahasa rasmi yang digunakan dalam pelbagai perkara seperti pendidikan, pentadbiran, kebudayaan, kesusteraan, ekonomi, sosial dan lain-lain. (Abdullah Hassan: 252-253). Selain itu juga mengkaji peranan atau fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan seterusnya hala tuju bahasa Melayu.

2.1 SEJARAH
2.1.1 Kemunculan rakyat berbilang kaum
Pada awal kurun ke-19, sekitar 150 000 orang Melayu mendiami Semenanjung Tanah Melayu yang terbahagi kepada beberapa buah negeri. Setiap negeri pula diperintah oleh seorang sultan. Ketuanan orang melayu dalam negeri ini tidak menjadi isu. Pedagang dan pendakwah datang ke tanah Melayu dari pelbagai negara. Tanah Melayu aktif dengan ekonomi, perdagangan, dan lain-lain (Abdullah Hassan 1996: 253).
Pada akhir kurun ke-19, kuasa barat mula datang ke wilayah ini. Inilah peristiwa sejarah yang membawa perubahan kepada dunia Melayu. Melalui manipulasi kuasanya , Syarikat Hindia Timur kepunyaan Inggeris dapat memaksa raja-raja Melayu menerima nasihat mereka dalam pemerintahan. Penasihat-penasihat ini mempunyai kepentingan terhadap hasil getah dan timah. Untuk menghasilkan hasil ini, mereka membawa masuk buruh murah dari negeri China dan India. Buruh China digunakan untuk mengerjakan lombong biji timah dan Buruh cina pula untuk mengerjakan ladang getah. Bilangan penduduk China dan India bertambah dengan banyaknya. Inilah peristiwa yang mentransformasikan negeri Melayu ini daripada negara satu kaum kepada negara berbilang kaum (Abdullah Hassan 1996: 254).
Imbangan bilangan penduduk yang sebegini , ditambah dengan perbezaan budaya, agama, ekonomi, dan bahasa menunjukkan betapa beratnya tanggungjawab pemimpin untuk mempersekutukan rakyat dan membina semangat patriotik terhadap negara(Abdullah Hassan 1996: 254).
2.1.2 Bahasa Rakyat Malaysia
Di Malaysia, orang Melayu menuturkan satu bahasa iaitu bahasa Melayu,  tetapi kaum Cina dan India memiliki lebih satu bahasa. Antaranya kaum Cina menuturkan bahasa Hokien, kanton,  Hakka, Hainan, Kwongsai, Henghua dan Hokcia. Kaum India pula menuturkan bahasa Tamil, Telugu, Malayali, Benggali, Gujerati, Oriya, Punjabi dan Sinhala. Di samping itu, ada juga bahasa pribumi lain iaitu Jah Hut, Mah Meri, Senoi, Jakon, Temuan, Biduanda, Kintak, Kensiu dan Che Wong. Di Sabah dan Serawak pula terdapat bahasa Bajau, Kadazan, Iban, Melanau, Penan, dan beberapa kelompok lain. Bahasa Inggeris pula dibawa oleh penjajah inggeris. Dalam senario begini , isu bahasa sering menjadi isu yang sensitif dalam usaha mempersekutukan bangsa yang pelbagai etnik.

2.1.3 Punca perpecahan masyarakat
Dasar Inggeris semasa memerintah ialah “ pecah dan perintah ”. Dasar ini direka cipta dan diamalkan dengan jayanya melalui sistem pendidikan. Orang Melayu diberi pendidikan asas sahaja selama enam tahun. Selepas itu, mereka dirancangkan supaya pulang bertani di kampung. Mereka memerlukan hanya teknik bertani , menternak dan membuat kerja tangan. Kaum India juga diberikan pendidikan asas sehingga tahun enam. Ramai orang yang tidak sempat menghabiskan persekolahan mereka. Hal ini sengaja dilakukan supaya mereka tidak keluar dari daerahnya dan tidak membangun dari segi ekonomi (Abdullah Hassan 1996: 255).
Kerajaan Inggeris juga tidak menganggap pendidikan China sebagai tanggungjawab mereka kerana mengaggap masyarakat ini tidak akan menetap di Tanah Melayu. Oleh itu, kaum China membina sekolah sendiri dan mengambil sukatan daripada negeri China. Mereka juga membawa guru dan buku teks daripada Cina. Oleh sebab banyak bahasa China yang dituturkan, mereka memilih Mandarin (Kuo Yu) sebagai bahasa penghantar(Abdullah Hassan 1996: 255).
Kerajaan Inggeris pula membina sekolah Inggeris untuk menyediakan sumber tenaga manusia bagi pentadbirannya. Mereka menggunakan sukatan pengajaran , guru, buku teks, dan sistem peperiksaan sekolah Inggeris. Sehingga kini , kita terikat dengan sistem pendidikan mereka Lembaga Peperiksaan Cambridge. Hasilnya, masyarakat terpecah mengikut kaum, daerah dan profesion. Walaubagaimanapun, masih menjaga dan menghormati antara satu sama lain (Abdullah Hassan 1996: 256).
Namun begitu, setelah berlaku peperangan Dunia Kedua telah membawa kesedaran bahawa kuasa eropah tidaklah seagung yang disangka. Mereka telah dikalahkan oleh orang Asia. Justeru itu, mana-mana negara di bawah jajahan Eropah berusaha menuntut kemerdekaan. Pada tahun 1955 persekutuan Tanah Melayu akhirnya diberi taraf “ berkerajaan sendiri ”  dan seterusnya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957(Abdullah Hassan 1996: 256).

2.1.4 Memilih bahasa pribumi sebagai bahasa kebangsaan
Isu bahasa sering menimbulkan reaksi yang hangat namun ia akan mudah diatasi sekiranya semua kaum bersatu menggunakan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan. Sebagaimana daripada kata-kata Perdana Menteri Pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman bahawa “ kita berhak menghendaki bahasa kita sendiri. Sekiranya kita mempunyai Bahasa Kebangsaan sendiri, kita akan bersatu dan mempunyai watak sendiri. Pertimbangan untuk kepentingan kebangsaan menuntut supaya bahasa penjajah diganti dengan suatu bahasa pribumi” (Abdullah Hassan 1996: 257).
Penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan berlaku seawal tahun 1947. Suatu perlembagaan Cadangan telah dibentuk oleh All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang mewakili kaum bukan Melayu dan pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) yang mewakili kaum bukan Melayu. Mereka mencadangkan supaya “ Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan tunggal negara. Walaubagaimanapun , penggunaan bahasa-bahasa lain tidak dihalang. Hasarat ini menjadi kenyataan apabila bahasa Melayu dimaktubkan sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia dalam Artikel 152 perlembagaan Malaysia (Abdullah Hassan 1996: 257).

2.1.5 Merancang bangsa Malaysia melalui pendidikan kebangsaan.
Apabila bahasa Melayu menjadi bahasa Kebangsaan , beberapa langkah segera diambil untuk memungkinkannya memenuhi fungsinya. Dimana pendidikan merupakan saluran yang paling sesuai. Tun Razak dengan wawasan yang jauh ke hadapan, mengambil keputusan untuk membina perpaduan dan menanamkan patriotisme melalui pendidikan. Dimana bahasa Melayu mula digunakan dalam pendidikan rendah dan Maktab Perguruan Sultan Idris (Abdullah Hassan 1996: 258).
Oleh sebab itu, bahasa ini perlu dirancang supaya dapat berfungsi sebagai bahasa penghantar pendidikan dan bahasa pentadbiran. Dewan bahasa dan pustaka ditubuhkan untuk membina dan menyelaraskan ejaan , sebutan, istilah serta menyusun kamus dan tata bahasa. Pada hari ini Bahasa Kebangsaan berjaya menjalankan fungsinya sebagai bahasa penghantar pendidikan sampai ke peringkat universiti dan menjadi bahasa pentadbiran dalam kerajaan (Abdullah Hassan 1996: 252).




2.1.6 Perkembangan yang membawa kepada pembentukkan Dasar Pendidikan Razak
a) Laporan Cheeseman 1946
Cheeseman dilantik menjadi pengarah Pendidikan Malaya selepas peperangan dunia kedua. Tujuan utamanya adalah untuk membina semula sistem pendidikan Malaya yang dihapuskan oleh pemerintahan Jepun. Beliau menyedari masalah yang dihadapi kerana wujudnya pelbagai kaum etnik pada masa itu(Abdullah Hassan 1996: 259).
Chessman juga telah mengusulkan supaya pendidikan rendah dan juga menengah disampaikan dalam empat bahasa iaitu Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil. Chessman juga dilihat tidak mempunyai sebarang hasrat untuk mempersekutukan rakyat. Beliau hanya bertujuan membina semual sistem pendidikan yang terputus semasa pemerintahan Jepun. Dasar ini diketepikan dengan pemansuhan Malayan Union pada tahun 1949 (Abdullah Hassan 1996: 259).
b) Laporan Barnes 1950
Apabila Malayan Union dihapuskan , orang Melayu mengkaji kedudukannya. Penjajahan Inggeris selama 150 tahun menyebabkan orang Melayu berada dalam keadaan yang merugikan berbanding dengan kaum etnik lain. Oleh sebab itu, Laporan Barnes merancang supaya orang Melayu mengembalikan kedudukan mereka terutamanya pendidikan (Abdullah Hassan 1996: 260).
Barnes mengusulkan satu jenis sekolah rendah untuk semua kaum dan gurunya boleh didatangkan daripada pelbagai kaum. Sekolah yang diusulkan dihadiri oleh pelbagai kaum. Antara ciri yang ditetapkan ialah pada mulanya semua sekolah menjadi sekolah aliran Melayu. Selepas itu, semua pendidikan dijalankan dalam bahasa Inggeris. Mereka menganggap bahawa bahasa Melayu akan digunakan dalam hubungan sosial. Selepas tahun ketiga, bahasa Inggeris akan menggantikan bahasa Melayu. Murid-murid akan menjadi penutur dwi-bahasa apabila mencapai umur dua belas tahun dan mampu bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik (Abdullah Hassan 1996: 261).
Pelaksanaan sistem Barnes bermakna bahawa kaum Cina dan India mesti menutup sekolah-sekolah mereka. Dan sekolah Melayu juga akan ditukarkan ke bahasa Inggeris. Laporan Barnes menyedari bahawa usul mereka itu akan gagal sekiranya semua mahu meneruskan sistem pendidikan rendah mereka seperti sebelumnya (Abdullah Hassan 1996: 261).
Kaum China menentang laporan tersebut dengan kuat kerana ia boleh mematikan sekolah Cina sehingga berlaku tunjuk perasaan di Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Termasuk juga orang Melayu menentang kerana ia akan mengorbankan bahasa Melayu. Hasil daripada peristiwa itu, jawatan kuasa Fenn-Wu dibentuk (1952) untuk melihat keperluan masyarakat Cina (Abdullah Hassan 1996: 262).

c) Laporan Fenn-Wu 1952
Sebagai hasil daripada reaksi kaum Cina itu, maka kerajaan Inggeris mengundang Dr. William P. Fenn iaitu seorang setiausaha Eksekutif Bersekutu bagi Lembaga Pemegang Amanah beberapa bauh institusi pendidikan tinggi di negeri Cina dan Dr. Wu Teh- Yao iatu seorang pegawai pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengkaji keperluan kaum Cina (Abdullah Hassan 1996: 262).
Fenn-Wu tidak bersimpati dengan bahasa Melayu walaupun ia mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahsa rasmi dan perlu dipelajari dan boleh meningkatkan kefahaman antara kaum. Fenn-Wu juga mementingkan bahasa Inggeris kerana ia bahasa perdagangan dan juga menekankan bahasa Cina keran ia bahasa agung dunia. Fenn-Wu juga menyokong pendidikan dwi-bahasa iatu Cina dan Inggeris kemudian baru diajarkan bahasa lain atau Bahasa Melayu (Abdullah Hassan 1996: 262).
Fenn-Wu menganjurkan supaya dikekalkan dan ditingkatkan pendidikan dalam bahasa Cina. Sebagai hasilnya Universiti Nanyang ditubuhkan di singapura pada tahun 1956. Laporan Fenn-Wu juga membuat tuntutan yang sama untuk masyarakat India (Abdullah Hassan 1996: 263).

d) Penyata Razak 1956
Pada hari-hari menjelangnya kemerdekaan, suatu jawatan-kuasa pendidikan ditubuhkan untuk membentuk dasar pendidikan baru bagi sebuah negara merdeka. Jawatan-kuasa ini dipimpin oleh Encik Razak Hussein, menteri pendidikan pada masa itu. Jawatankuasa itu mengambil kira Laporan Fenn-Wu dan laopran lain sebelumnya. Laporan inilah yang meletakkan asas bagi dasar pendidikan Malaysia hari ini. Tumpuan khusus diberikan kepada isu bahasa (Abdullah Hassan 1996: 263).
Razak menyatakan bahawa “Tujuan dasar pendidikan negara ini ialah membawa kanak-kanak daripada berbilang kaum ini ialah membawa kanak-kanak daripada berbilang kaum ini mempelajari  perkara yang sama di dalam satu pendidikan yang sama melalui satu bahasa penghantar. Namun demikian , kita mengakui bahawa kemajuan menuju matlamat ini tidak boleh dipaksa tetapi mesti dilakukan secara berperingkat-peringkat. Hal ini bermakna bahawa status quo dikekalkan untuk sementara iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil dikekalkan dalam sistem pendidikan sebelumnya (Abdullah Hassan 1996: 264).  
Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957, suatu perlembagaan dibentuk. Perlembagaan itu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk menyampaikan pendidikan dan mentadbirkan negara. Namun demikian , oleh sebab bahasa Melayu belum berkembang, bahasa Inggeris dikekalkan sebagai bahasa rasmi untuk menyampaikan pendidikan dan mentadbir negara (Abdullah Hassan 1996: 264).
Selepas sepuluh tahun, pada tahun 1967, bahasa Melayu akan mengambil alih semua tugasan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar di sekolah dan bahasa pentadbiran tunggal (Abdullah Hassan 1996: 263).
Perkara kedua yang dicadangkan dalam Penyata Razak ialah “ mengajarkan sukatan pelajaran yang sama untuk membentuk suatu sikap kebangsaan yang sama”. Sukatan pelajaran yang sama dilaksanakan di semua sekolah. Tetapi proses pembinaan negara bangsa melalui sistem pendidikan masih menghadapi masalah. Kanak-kanak masih pergi ke sekolah yang berlainan dengan bahasa yang berlainan. Bahasa yang berlainan memberi nilai yang berlainan. Rakyat Malaysia masih terpecah dan isu menggunakan satu bahasa penghantar menjadi isu serius (Abdullah Hassan 1996: 265).
Kesan buruk ini terbukti apabila rusuhan kaum tercetus pada tahun 1969. Akhirnya pada tahun 1970, pemimpin politik dan kaum menerima hakikat bahawa pendidikan yang sama sahaja tidak membawa perpaduan. Penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa penghantar utama diberi perhatian serius. Menteri pendidikan ketika itu, Abdul Rahim Yaacob mengarahkan semua sekolah kebangsaan aliran Inggeris menggunakan bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat. Pada masa ini, semua pendidikan rendah dan tinggi dijalankan dalam bahasa Kebangsaan. Hanya beberapa sekolah Cina persendirian sahaja yang mengekalkan bahasa Cina sebagai bahasa penghantar. Kepercayaan terhadap kemampuan Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa penghantar terus meningkat (Abdullah Hassan 1996: 266).

f) Penyata Rahman Taib 1960
Penyata ini menegaskan semula Penyata Razak. Penyata menyedari kesulitan untuk membina sikap kebangsaan melalui Bahasa Kebangsaan tetapi dalam masa yang sama, perbezaan kaum dan bahasa masih diteruskan dalam sistem pendidikan kebangsaan yang dibiayai oleh kerajaan. Oleh sebab itu, pendidikan menengah di sekolah dijalankan dalam bahasa Kebangsaan dan Inggeris dengan tujuan hanya bahasa Kebangsaan sahaja yang digunakan sebagai bahasa penghantar utama (Abdullah Hassan 1996: 266).

g) Semakan pelaksanaan dasar pendidikan malaysia( Hussein Onn 1971)
Pada tahun 1971, menteri pendidikan Hussein Onn menyemak pelaksanaan dasar pendidikan ngara. Hasilnya menggalakkan. Beliau mendapati bahawa tujuan asas memberikan pendidikan rendah dalam bahasa kebangsaan, Inggeris, Cina dan Tamil dijalankan dengan berhasil. Pendidikan menengah dijalankan terus dalam bahasa Melayu dan Inggeris (Abdullah Hassan 1996: 267).
Namun begitu, ini tidak bermakna sekolah Cina berakhir.mereka membiayai sendiri pendidikan. Dan seterusnya kedudukan bahasa Inggeris masih tinggi bagi memenuhi keperluan pendidikan, perdagangan dan hal ehwal antarabangsa (Abdullah Hassan 1996: 267).

h) Laporan kabinet (Mahathir Mohamad 1985)
Jawatankuasa Kabinet yang dipimpin oleh Timbalan Perdana Menteri , Mahathir Mohammad 1985 menyemak dasar pendidikan kebangsaan dan pelaksanaannya. Laporan itu menegaskan semula dsar Penyata Razak (1956) dan melihat perkembangan yang positif di samping berasa komited kepada usaha meneruskan pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan dengan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar(Abdullah Hassan 1996: 267-268).
Ia juga menjelaskan bahawa pengajaran Bahasa Kebangsaan adalah untuk menyatukan kaum-kaum etnik di negara ini dan menjadikan bahasa itu wahana mencapai ilmu. Bahasa kebangsaan diwajibkan di semua peringkat pendidikan dan kelulusan diperlukan dalam peperiksaan kerajaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa kedua untuk digunakan oleh pelajar dalam kegiatan tertentu dan kedua untuk membina kelompok yang akan meningkatkan ilmunya dalam pendidikan(Abdullah Hassan 1996: 268).
i)Penyata Najib 1995
Isu bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar selesai apabila abdul Rahman Yaacob (1970) menetapkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar di semua sekolah kebangsaan. Bahasa Kebangsaan mantap sebagai bahasa penghantar hingga ke peringkat universiti. Ini adalah kejayaan wawasan Tun Razak (Abdullah Hassan 1996: 268).
Setelah berjaya,isu ini dibangkitkan semula oleh Perdana Menteri Malaysia Dr. Mahathir Mohamad dimana beliau membolehkan bahasa Inggeris digunakan untuk mengajarkan mata pelajaran tertentu dalam sains dan teknologi di universiti. Langkah ini dianggap untuk mencapai wawasan 2020. Ekoran daripada itu, Menteri Pendidikan Malaysia Dato Sri Najib dilaporkan membuat arahan mendadak dalam sistem pendidikan (Abdullah Hassan 1996: 268).
Dasar pendidikan yang dibina oleh Tun Razak Hussein ternyata berjaya namun selepas perubahan yang dibuat oleh  Dato Sri Najib , sekiranya benar akan meruntuhkan dasar pendidikan dalam Penyata Razak tersebut dan akan mengembalikan keadaan negara kepada keadaan sebelum merdeka dan perpecahan kaum akan bermula (Abdullah Hassan 1996: 269).
Hasil daripada itu, bantahan telah dibuat oleh Persatuan Linguistik Malaysia, kongres Cendikiawan Melayu dan sebahagian individu. Selain itu akan menimbulkan implikasi yang amat serius terhadap pembangunan bangsa Malaysia yang telah dibentuk oleh Razak (Abdullah Hassan 1996: 269).
2.1.7 Kejayaan dasar pendidikan Razak
Dasar pendidikan dalam penyata Razak telah berjaya. Tiga daripadanya iaitu bahasa kebangsaan menyampaikan ilmu dengan berkesan dan rakyat yang berilmu membangunkan negara. Kedua ialah dasar ini berjaya membentuk masyarakat yang lebih positif terhadap terhadap pembentukkan rakyat Malaysia yang mempunyai sikap Malaysia. Ketiga iaitu dasar ini membentuk minda asli Malaysia dan keaslian minda ini menjadi ciri jati diri rakyat Malaysia yang kreatif (Abdullah Hassan 1996: 270).

2.2 KEPENTINGAN BAHASA MELAYU

Dalam masyarakat majmuk dengan bahasa dan budaya yang pelbagai, peranan bahasa yang difahami oleh rakyat terbanyak amat penting untuk menyatukan mereka.  Berdasarkan pengamatan di peringkat akar umbi, ternyata tidak ada bahasa lain yang dapat menandingi bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan dan bahasa komunikasi untuk menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum di negara ini (Jeniri Amir. 2009:78).
Seharusnya sedar bahawa bahasa yang dapat mengikat jiwa dan emosi rakyat Malaysia ialah bahasa Melayu. Perlu diingatkan bahawa bahasa Melayu dapat dijadikan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan serta digunakan secara meluas ialah hasil daripada semangat perjuangan membara rakyat sebelum ini. Suara rakyat sebagai suara keramat perlu diiktiraf dan didengar walaupun pemimpin punyai pengaruh yang besar dalam menentukan untung nasib bahasa Melayu (Jeniri Amir. 2009:78).
Dalam hal ini, harus wujud keseimbangan yang dinamik antara keinginan untuk mengantarabangsakan diri agar tidak terpukul oleh gelombang globalisasi dengan semangat untuk berpegang pada akar budaya bangsa yang berteraskan bahasa Melayu. Kemajuan yang hendak dicapai tidak seharusnya sampai mengorbankan bahasa Melayu (Jeniri Amir. 2009:79).
Ditinjau dari perspektif ini, rakyat pelbagai kaum dan peringkat di negara ini perlu sedar akan hakikat bahawa sebuah negara yang sedang menuju ke arah keunggulan tidak seharusnya mengetepikan peranan bahasa utama negaranya. Rakyat dan pemimpin terutamanya perlu bersifat lebih pragmatik dan realistik dengan mengakui bahawa inilah bahasa yang akan menentukan kestabilan sosial dan politik negara, serta bahasa yang dapat dijadikan wadah untuk mencapai kemajuan ekonomi (Jeniri Amir. 2009:80).
Perpaduan jitu dalam kalangan pejuang dan rakyat pula akan terus dapat menjamin bahawa bahasa Melayu akhirnya akan mendapat tempat sewajarnya di negara ini. Bahasa itu perlu diletakkan di bawah persada sebagai lambang kemerdekaan, azam kemalaysiaan dan jati diri bangsa. Kesedaran ini penting bagi mengambil semangat daripada bulan terbentuknya Malaysia yang terdiri dari pelbagai negeri dan suku kaum dengan pelbagai keunikan bahasa dan budaya, tetapi tetap menjunjung tinggi bahasa Melayu (Jeniri Amir. 2009:81).
Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pemersatu dan bahasa perpaduan terbukti berkesan apabila golongan tua daripada pelbagai suku kaum yang buta huruf kelihatan selesa dan fasih menggunakan bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan kaum lain dalam pelbagai kegiatan kemasyarakatan yang dianjurkan. Bahasa Melayu sentiasa dekat di hati mereka walaupun sekali-sekala keyakinan mereka tergugat ekoran perubahan dan ketidaktentuan dasar tentang bahasa itu (Jeniri Amir. 2009:82).
Rakyat Malaysia harus memiliki kebanggaan terhadap bahasa rasmi dan bahasa kebangsaannya sendiri. Bahasa itu akan hilang maruahnya jika rakyat tidak mempunyai sikap positif terhadapnya. Kehebatan bahasa itu sebagai bahasa penunjuk dan pembina jati diri bangsa dan sebagai bahasa kesatuan dan perpaduan akan hanya terjamin jika rakyat terus bangga akan kedudukannya sebagai bahasa yang akan menentukan keperibadian bangsa (Jeniri Amir. 2009:82).
Jurang perbezaan dari segi ideologi, pemikiran, emosi dan sebagainya antara bandar dan luar bandar, elit dengan rakyat, serta masyarakat pelbagai suku kaum dapat dihubungkan melalui bahasa Melayu. Oleh itu, bahasa Melayu berpeluang untuk menjadi lingua franca sosial, budaya, politik, dan ekonomi dalam seluruh urusan kehidupan masyarakat di negara ini (Jeniri Amir. 2009:82-83).
Pembentukan sesuatu bangsa melalui bahasa Melayu akan dapat ditiupkan ke dalam jiwa masyarakat ketika etnisisme kelihatan membelenggu pelbagai dominan kehidupan. Usaha untuk mencapai keperibadian bangsa yang unggul akan terserlah luas kepada rakyat. Bahasa Melayu adalah bahasa rakyat dan tidak ada alasan kukuh untuk meragui keupayaannya sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi utama, dan bahasa perpaduan. Bahasa yang sentiasa dekat dijiwa rakyat pasti akan dapat terus bertahan dan mampu memainkan peranannya sebagai alat perhubungan yang berkesan (Jeniri Amir 2009:83).

2.3 CABARAN BAHASA MELAYU DAN PERMASALAHANNYA
Terdapat empat cabaran atau masalah yang patut difikirkan iaitu pertama , bahasa Inggeris semakin mencabar kedudukan bahasa Melayu dalam hampir semua bidang. Kedua ialah keadaan kepelbagaian dan keragaman bahasa di Malysia sudah menjadi kompleks , ketiga ialah budaya bahasa Melayu di kalangan orang Melayu nampaknya sudah berubah kerana dipengaruhi oleh budaya globalisme yang menjalar ke dalam masyarakat Malaysia melalui pelbagai punca hingga menyebabkan orang melayu rata-rata tidak mengambil berat lagi tentang masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu. Keempat iaitu kita tidak mempunyai “ pengguna teladan” bahasa Melayu yang baik di kalangan pemimpin negara yang dapat dicontoh bukan sahaja oleh rakyat, tetapi juga oleh golongan elit korporat dan birokrasi kerajaan yang kelihatan semakin tidak  berminat untuk menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam ruang sosial dan profesionalisme mereka (Hassan Ahmad 1996: 46).
Penyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 27 Disember 1993 tentang keputusan kerajaan mengizinkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi bidang sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi disambut dengan pandangan yang berbelah bahagi oleh pelbagai pihak. Kalangan yang selama ini resah menyaksikan penggunaan bahasa Melayu dalam sektor pendidikan, pentadbiran, dan undang-undang tentu saja berasa lega dan gembira. Kalangan yang masih prihatin akan nasib bahasa Melayu sebagai tonggak tamadun bangsa pula kecewa dan duka cita (Awang Sariyan 1996: 186).
Perbezaan pandangan tentang isu tersebut jelas berasas pada dua fahaman yang berbeza. Satu golongan menganggap isu itu menurut fahaman pragmatisme. Satu golongan lagi menyatakan sikap berdasarkan idealism yang kental terhadap kedudukan dan peranan bahasa Melayu pada hari muka. Apakah sebenarnya impian golongan pragmatis dan idealis itu? Adakah sang pragmatis tidak perlu akan idealism, dan sebaliknya adakah sang idealis pula tidak pragmatis? (Awang Sariyan 1996: 186).

2.3.1 Dasar Bahasa
Dasar bahasa bagi negara kita memang bermula dengan idealisme – idealisme untuk menyaksikan satu rupa bangsa yang bersatu, idealisme untuk memupuk ciri-ciri pengenalan rakyat yang relatif seragam, dan idealisme untuk menobatkan bahasa Melayu sebagai sarana komunikasi yang berkesan dalam sektor-sektor penting negara. Demikianlah tiga taraf dan fungsi penting yang telah diberikan kepada bahasa Melayu oleh generasi pemimpin era kemerdekaan, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu. Penyataan tentang taraf dan fungsi bahasa Melayu itu telah diperundang-undangkan melalui Perlembagaan, Akta Bahasa Kebangsaan, dan Akta Pendidikan (Awang Sariyan 1996: 187).
Ketiga-tiga taraf dan fungsi itu bukan sekadar slogan untuk membakar semangat nasionalis, tetapi sebaliknya mempunyai erti yang cukup besar dan penting sebagai salah satu asas pembinaan sebuah negara baru. Konsep bahasa kebangsaan berkaitan rapat dengan idealism atau cita-cita membentuk satu rupa bangsa yang memiliki ciri-ciri pengenalan yang sama. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dapat menjadi salah satu ciri pengenalan bangsa yang dimaksudkan itu, sebagaimana pakaian kebangsaan, lagu kebangsaan, bendera kebangsaan, dan malahan bunga kebangsaan diketengahkan untuk menimbulkan rasa persatuan di kalangan rakyat. Bahkan jauh lebih penting peranan bahasa, jika dibandingkan dengan unsur-unsur kebangsaan yang lain itu, dalam membina pemikiran dan sikap rakyat (Awang Sariyan 1996: 187).
Dalam teori perancangan bahasa, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan itu dikenal sebagai fungsi pemersatu dan fungsi pembeda. Bahasa Melayu menjadi unsur pemersatu apabila diwujudkan sebuah negara bangsa, iaitu Malaysia. Fungsi pemersatu itu amat jelas juga dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antara kaum di negara ini. Kalau fungsi pemersatu bahasa Melayu berlaku di peringkat negara, fungsi pembeda bahasa Melayu pula dilihat dalam skop supranasional. Maksudnya, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dapat menjadi salah satu pembeda entiti politik negara kita daripada negara lain. Berdasarkan realiti wujudnya negara berbahasa Melayu, maka fungsi pembeda itu lebih relevan dalam hubungan  negara kita dengan negara yang tidak meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Awang Sariyan 1996: 188).

2.3.2 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi
Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu ditetapkan menjadi sarana komunikasi dalam bidang pentadbiran. Takrif dan skop penggunaan bahasa rasmi amat jelas dinyatakan dalam Perlembagaan. Perkara 152 Perlembagaan menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua uruusan rasmidi peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, dan badan berkanun. Dengan menghayati dan menghormati semangat Perlembagaan itu, setiap pelaksana dasar kerajaan wajib menggunakan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi. Maksudnya semua mesyuarat patut dilaksanakan dalam bahasa Melayu. Surat, notis, minit, memorandum, dan dokumen lain mesti ditulis dalam bahasa Melayu. Inilah idealisme yang tersirat di balik pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Apabila idealisme ini diremehkan, terjadilah penafian terhadap taraf dan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Tindakan meremehkan taraf dan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi itu tergambar oleh penggunaan bahasa asing atau penggunaan bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa asing dalam urusan rasmi kerajaan, dalam mesyuarat misalnya (Awang Sariyan 1996: 188-189).
Apakah ertinya penobatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi? Jawabnya tidak lain ialah untuk meningkatkan dan meluaskan penggunaan bahasa Melayu yang canggih dan mampu mengungkapkan hal ehwal professional. Pengangkatan taraf ini jelas berkaitan dengan idealisme menggantikan bahasa Inggeris yang dijadikan oleh kerajaan Inggeris sebagai bahasa rasmi sebelum negara kita merdeka. Bukankah idealisme ini berkaitan pula dengan usaha mengangkat martabat bangsa yang bebas dan merdeka? Mungkinkah agaknya idealisme ini sudah tidak relevan lagi dengan suasana dan impian masyarakat masa ini yang lebih melihat sesuatu menurut fahaman pragmatism demi faedah dab manfaat diri masing-masing? (Awang Sariyan 1996: 189).
2.3.3 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu
Dengan taraf dan fungsinya sebagai bahasa ilmu pula, bahasa Melayu direncankan menjadi bahasa yang ekspresif dalam pelbagai bidang ilmu, termasuk sains dan teknologi. Dengan demikian bahasa Melayu dapat mencapai taraf kecendekiaan dan bahasa saintifik. Bahasa Melayu tidak dilihat lagi sebagai bahasa golongan petani, buruh, nelayan dan yang seumpamanya. Sebaliknya, bahasa Melayu diwakili juga oleh golongan cerdik pandai yang bertanggungjawab membentuk acuan pemikiran masyarakat dan yang ikut bertanggungjawab membangunkan negara (Awang Sariyan 1996: 189).
Perancangan secara bertahap-tahap melalui sistem pendidikan kebangsaan, dengan penegasan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, telah berhasil melahirkan ahli ilmu yang terdidik dalam bahasa Melayu, sekurang-kurangnya hingga ke peringkat ijazah pertama. Universiti Kebangsaan Malaysia, yang telah didirikan pada tahun 1970, telah mendahului tahun sasaran penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya di pusat pengajian tinggi 13 tahun lebih awal. Ternyata bahwa siswazah keluaran universiti tersebut telah memperlihatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang kerjaya, tidak terkecuali dalam bidang sains dan teknologi. Mengapakah secara tiba-tiba pucuk pimpinan negara menjadi tidak sabar untuk menguasai teknologi sehingga perlu menegaskan penggunaan bahasa Inggeris yang dipercayainya begitu ampuh menyerapkan konsep sains dan teknologi ke dalam masyarakat negara ini? Adakah terlalu perlahan kadar pertumbuhan industri kita? (Awang Sariyan 1996: 189-190).
Demikianlah bagaimana perancangan menjadikan bahasa Melayu bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu memiliki sejarah yang cukup bererti dalam hubungannya dengan pembinaan bangsa dan negara, baik secara simbolis mahupun secara amali. Perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu memang sarat dengan idealisme yang bukan pula slogan kosong. Jika ada orang yang beranggapan bahwa idealisme sudah tidak mempunyai ruang lagi dalam suasana yang menuntut setiap orang bersikap pragmatis, maka sirnalah sudah perjuangan orang itu. Kisah perjuangan menobatkan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu itu pada sang pragmatis tidaklah lebih daripada cerita wayang yang apabila tamat segera diulang. Lupakah agaknya mereka bahwa itulah landasan perjuangan selama berpuluh-puluh tahun yang tidak patut dikorbankan  atas nama “Kemajuan Bangsa”? Bagaimanakah akan menjadi realiti ungkapan “majulah bangsa, majulah bahasa” andaikata bahasa bangsa itu tidak diyakini dan tidak diberi kesempatan secukupnya untuk berfungsi? (Awang Sariyan 1996: 190).

2.3.4 Alasan-Alasan Yang Tidak Wajar Daripada Golongan Pragmatis
Tampaknya dalam kegairahan menguasai teknologi canggih, cepat sekali hilangnya rasa yakin golongan pragmatis akan keupayaan bahasa Melayu menangani konsep baru yang dianggap sejagat itu. Maka tanpa perlu menunggu, diputuskanlah penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar bagi bidang sains dan teknologi. Untuk mewajarkan keputusan itu, ditegaskanlah bahwa karya terjemahan dalam bahasa Melayu tidak mungkin cukup untuk menampung kepesatan ilmu sains dan teknologi, sedang kita semua tahu bahawa bidang terjemahan masih amat muda di negara ini dan menuntut iltizam yang sungguh-sungguh daripada kerajaan sendiri (Awang Sariyan 1996: 191).
Demikianlah juga, kekurangan di sana sini dalam aspek korpus bahasa Melayu tampaknya dijadikan alasan juga untuk menegaskan penggunaan bahasa Inggeris bagi bidang sains dan teknologi. Kekurangan istilah, perubahan istilah, ketidakselarasan ejaan dalam beberapa juzuk tertentu, dan ijmak yang belum putus di kalangan ahli bahasa tentang aspek khusus tata bahasa Melayu dianggap faktor yang tidak dapat menyakinkan pimpinan politik tentang kewibawaan  bahasa Melayu. Belum terlambat bagi golongan yang berpandangan demikian untuk menginsafi hakikat jalan sejarah penentuan dasar bahasa di negara ini (Awang Sariyan 1996: 191).
Ketika pemimpin politik sendiri meletakkan dasar pembinaan sebuah negara baru yang merdeka, dengan dasar bahasa sebagai salah satunya, baru ada dua atau tiga jawatankuasa istilah. Sistem ejaan pada waktu itu pun belum dikemaskan. Penyusunan tata bahasa yang rapi pun belum terancana. Tidak pula kedengaran ketika itu suara yang meminta jaminan ahli bahasa agar dapat meyakinkan pimpinan politik tentang kemasnya dan sempurnanya aspek korpus bahasa Melayu. Hal itu tidak barbangkit kerana kesemuanya ketika itu faham bahwa perancangan taraf bahasa memang perlu mendahului perancangan  korpus bahasa. Demikianlah yang berlaku di semua negara menurut teori perancangan bahasa. Oleh itu, soal adanya beberapa masalah dan persoalan dalam aspek korpus bahasa tidak wajar dijadikan hujah untuk surut ke belakang dalam soal dasar bahasa, khususnya penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar (Awang Sariyan 1996: 191).
Demikianlah, pemantapan dasar bahasa kita kelihatannya tergugat bukan oleh orang lain, tetapi oleh kalangan yang terlibat dan bertanggungjawab meletakkan dasar bahasa itu sendiri. Kalau selama ini sektor swasta dikritik kerana mengabaikan penggunaan bahasa Melayu, kini nampaknya sektor kerajaan sendiri seakan-akan menurut langkah sektor swasta apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa penghantar ilmu sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi. Selain berharap bahwa pelaksaan dasar baru itu tidak diteruskan, kita hanya mampu berdoa agar tidak berlaku keadaan “lulus jarum luluslah kelindan” (Awang Sariyan 1996: 192).

2.3.5 Cabaran Bahasa Melayu dalam Media
Ketika menjelang kemerdekaan hampir setengah dekad lalu, salah satu perkara yang hebat diperjuangkan ialah bahasa. Pemimpin dan rakyat mahu agar bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara (Jeniri Amir  2009; 161).
Sejak mendapat tempat dalam Perlembagaan negara dan digunakan dengan berkesan dalam sisstem pendidikan kebangsaan, hingga ke peringkat universiti, bahasa Melayu sentiasa berhadapan dengan jalan yang berliku. Bahasa kebangsaan itu turut bergolak bersama-sama perkembangan politik dan perubahan dasar, yang ada ketikanya memberikan kesan buruk terhadap bahasa itu sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan aktivis dan pejuang bahasa. Minda rakyat terhadap bahasa kebangsaan negara dapat diukur dari segi sikap mereka terhadap bahasa itu (Jeniri Amir 2009; 162).
Bahasa Melayu mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang hebat dari segi kosa kata, istilah, laras dan gaya, hasil daripada perjuangan dan komitmen semua pihak, termasuk media cetak dan media elektronik. Media menjadi wahana penting untuk memperkembang dan memajukan bahasa kebangsaan. Banyak kosa kata, laras dan gaya baharu diperkenalkan dan dimantapkan oleh media, sesuai dengan perkembangan politik, sosial dan ekonomi negara (Jeneri Amir 2009; 162).
Begitu banyak buku dalam bahasa Melayu untuk semua peringkat diterbitkan, Namun begitu banyak tesis pada peringkat sarjana dan doktor falsafah dihasilkan dalam bahasa itu. Wang dan masa juga banyak diperuntukkan untuk membina dan memajukan bahasa itu hingga mencapai tahap yang membanggakan. Walau bagaimanapun, cabaran tetap dihadapi oleh bahasa Melayu ketika memasuki alaf baru (Jeniri Amir 2009; 162).
Bagi pejuang bahasa, dasar penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata pelajaran sains dan teknologi akan membawa kesan buruk terhadap bahasa Melayu. Ini kerana perubahan dasar tersebut menjadikan bahasa Melayu tidak berupaya digunakan sebagai bahasa pengantar sains dan teknologi. Isyarat yang dihantar daripada dasar tersebut yang dibantu oleh media arus perdana dalam menyebarkan pandangan para pemimpin tertentu tidak membawa kebaikan terhadap bahasa Melayu, ketika pejuang bahasa berusaha untuk mengangkat martabat bahasa itu menjadi bahasa antarabangsa. Tidak hairanlah, ada yang menyifatkan langkah tersebut sebagai usaha untuk membunuh bahasa itu kerana tentu ada yang hilang keyakinan terhadap bahasa Melayu daripada tindakan berkenaan, seolah-olah menujukkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa yang tidak berupaya mengungkapkan ilmu tinggi, malah, tidak mempunyai nilai ekonomi yang boleh dibanggakan (Jeniri Amir 2009; 163).
Golongan elit dan pemimpin politik, mencuba menafikan peranan bahasa kebangsaan dalam membina suasana yang membolehkan negara mencapai kemajuan dengan begitu pesat. Persoalan yang kerap dibangkitkan oleh mereka melalui strategi yang merendah-rendahkan keupayaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa perhubungan telah menimbulkan krisis keyakinan masyarakat terhadap keupayaan bahasa kebangsaan. Malah, beliau berpendapat bahawa masalah psikologi yang dihadapi oleh golongan ini, sedikit sebanyak telah mempengaruhi dasar kerajaan berhubung dengan isu bahasa di negara ini (Jeniri Amir 2009; 164).
Dalam hal yang lain pula, perhatikan iklan dalam media massa, terutama iklan televisyen, Iklan begitu banyak menggunakan bahasa Inggeris, sedangkan sebahagian besar masyarakat Malaysia faham akan bahasa kebangsaan. Radio swasta pula keseluruhannya menekankan rancangan dalam bahasa Inggeris kerana mempunyai kepercayaan bahawa penutur dalam bahasa Inggeris lebih berpengaruh dan mempunyai kuasa beli yang tinggi. Mitos agung tentang kehebatan bahasa Inggeris dan kekurangan bahasa Melayu yang turut disebarkan dengan giat oleh akhbar, terutama akhbar bahasa Inggeris di negara ini perlu dihentikan. Alangkah malangnya nasib bahasa Melayu di buminya sendiri apabila itu dianggap tidak akan dapat menjamin kemajuan bangsa, dan lebih parah lagi bahasa itu bukan menjadi syarat untuk mendapatkan pekerjaan (Jeneri Amir 2009; 164).
Generasi muda juga tidak kurang kelirunya kerana mereka terpengaruh oleh dakwaan dan propaganda yang diasak bertubi-tubi ke dalam minda mereka, betapa mereka perlu menguasai bahasa Inggeris. Mereka menggunakan bahasa Melayu yang tidak sempurna, walhal seluruh pembelajaran diikuti melalui bahasa itu. Untuk kelihatan hebat, mereka mencampuradukkan bahasa melayu dengan bahasa Inggeris sehingga menjadi bahasa rojak. Bahasa yang digunakan tidak murni hanya kerana mereka ingin menunjukkan bahawa mereka juga dapat menguasai bahasa Inggeris (Jeneri Amir 2009; 165).
Perlu disedari bahawa ramai pihak terutama pejuang bahasa telah berjuang untuk memajukan bahasa Melayu dan mengangkat martabatnya hingga ke tingkat yang tepuji. Segala usaha yang dilakukan selama berpuluh-puluh tahun akan menjadi sia-sia jika ada golongan tertentu mengambil langkah tidak langsung untuk menguburkan bahasa itu. Sebagai rakyat yang merdeka, semua golongan seharusnya memperlihatkan kemerdekaan yang sebenar, dengan menunjukkan kecintaan dan kebanggan terhadap bahasa itu. Bukti kebanggaan dan kecintaan adalah dengan menggunakan bahasa Melayu sebaik dan seluas mungkin, tanpa dibelenggu rasa rendah diri dan minda yang tertawan (Jeneri Amir 2009; 167).


2.3.6 CABARAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN SEKARANG

Pada saat sistem pendidikan ini menunjukkan kejayaannya, datang pula cabaran-cabaran dari kalangan pemimpin orang melayu sendiri. Cabaran pertama ialah ada pemimpin yang tidak menyakini kemampuan bahasa Melayu  untuk menyampaikan ilmu sains dan teknologi. Oleh itu bahasa Melayu hendak diganti dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar sains dan teknologi di pusat pengajian tinggi.
Kedua iaitu timbul keghairahan untuk mengizinkan penubuhan universiti swasta. Bilangan universiti ini semakin banyak sehingga melebihi bilangan universiti tempatan. Universiti-universiti swasta ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Perkembangan ini mencairkan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu.
Ketiga ialah wujud persepsi bahawa bahasa Melayu itu hanya melambatkan pembangunan. Jawapan kepada masalah ini dikatakan berada pada bahasa Inggeris.
Ketiga-tiga isu ini mencabar sistem pendidikan kebangsaan sekarang dimana ketiga-tiga isu ini dahulunya merupakan perjuangan oleh orang bukan Melayu dan pasti mencetuskan reaksi politik orang Melayu pada masa dahulu.

2.4 PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN
Kedudukan dan peranana bahasa Melayu dalam bidang pendidikan sama pentingnya dengan kedudukan dan peranan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran. Menurut teori perancangan bahasa, dasar bahasa dalam pendidikan merupakan pecahan daripada dasar bahasa rasmi. Dengan kata lain, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pendidikan sebagaimana ayang tercatat dalam dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan memenuhi konsep dan peranana bahasa rasmi juga ( Awang Sariyan1996: 5).
Inti sari dasar pendidikan Kebnagsaan di Malaysia ialah “ mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu melalui sistem persekolahan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar’’. Dua dokumen yang terpenting dalam hubungannya dengan pembentukkan dasar pendidikan kebangsaan yang menekankan penggunaan bahasa penghantar  ialh Penyata Razak 1956 dan Penyata Abdul Rahman Talib 1960. Ordinan pendidikan 1957 berdasarkan pada usul-usul Penyata Razak dan Akta Pendidikan 1961 pula berdasar pada Penyata Abdul Rahman Talib. Penyata Abdul Rahman Talib pada hakikatnya memperkukuh usul-usul Penyata Razak ( Awang Sariyan1996: 6).
Pandangan secara kasarnya, penggunaan Bahasa Melayu dalam bidang pendidikan Malaysia sudah mencapai tahap yang memuaskan kerana bahasa Melayu sudah dapat dijadikan sarana ilmu pengetahuan dari peringkat dasar hingga peringkat pengajian tinggi. Bahkan terdirinya Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970 yang mendukung penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar menunjukkan kemajuan yang patut dibanggakan. Walaupun bagaimanapun, terdapat sedikit masalah di dalam perkembangan itu (Awang Sariyan1996: 6).

2.5 PERANAN BAHASA MELAYU SEBAGAI ALAT PENGUCAPAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
Apabila negara mencapai kemerdekaan sebagai hasil perjuangan gigih para nasionalis sejak beberapa lama, telah dibuat ketetapan politik untuk menabalkan bahasa Malayu sebagai bahasa kebangsaan negara pada ketika itu. Dengan yang demikian, bahasa tersebut dipilih menjadi salah satu petanda yang melambangkan keperibadian bangsa baru. Berdasarkan latar belakang infrastruktur perkembangan bahsa kebangsaan kita yang selama lebih daripada suku abad pembangunan negara ini, maka wajarlah kita mengharapkan bahasa kebangsaan itu kini sudah merupakan bahasa pengucapan dan perantaraan kebudayaan kebangsaan moden dalam bidang intelektual, dan ilmu. (Rustam A.Sani. 1993:2).
Akan tetapi, apabila diperhalusi, ternyata bahawa hal tersebut masih belum terjadi. Paling banyak, kita hanya dapat mendakwa bahawa bahasa kebangsaan kita hanya berada pada peringkat rasmi sahaja, iaiatu digunakan dengan meluas dalam surat-surat rasmi pemerintah dan dalam pengajaran formal di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi. Jika ditinjau pada peringkat penggunaan sehari-hari dalam kegiatan para profesional dan golongan terpelajar masyarakat kita dalam ilmu-ilmu moden, ternyata bahawa bahasa kebangsaan masih belum mencapai kedudukannya dan peranannya secara jitu. (Rustam A.Sani. 1993:3).
Oleh yang demikian, bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengucapan kebudayaan intelektual di negara ini amatlah mundur. Kerana tuntutan rasmi pengajaran, ilmu-ilmu tersebut di pusat pengajian tinggi dilakukan dalam bahasa kebangsaan tetapi hakikat budaya profesion adalah berlainan. Selain beberapa buku teks, bilangan buku dalam ilmu-ilmu moden dalam bahasa kebangsaan amatlah terbatas. Satu sebabnya ialah sebahagian besar golongan profesional kita hanyalah merupakan pengguna pengetahuan barat dalam bahasa barat. (Rustam A.Sani. 1993:3).
Kesan dari suasana intelektual bangsa kita terhadap peranan bahasa kebangsaan sebagai alat pengucapan kebudayaan moden amatlah suram. Amat menggerunkan bahawa sejak akhir-akhir ini, para pemimpin politik yang kita harapkan sebagai kuasa pendorong perkembangan bahasa kebangsaan sebagai alat pengucapan kebudayaan kebangsaan sudah mulai kendur. Meluasnya penggunaan bahasa Inggeris oleh para pemimpin, dengan mudah sekali akan ditafsirkan oleh golongan-golongan yang masih belum mantap keyakinannya terhadap bahasa itu sebagai petanda tentang betapa tidak pentingnya bahasa itu untuk kehidupan nasional negara baru yang berusaha menjelma menjadi negara moden. (Rustam A.Sani. 1993:7).

2.6 PERANAN BAHASA MELAYU SEBAGAI ALAT PERPADUAN
Peranan bahasa Melayu sebagai alat  perpaduan tidak boleh diperkecil-kecil. Dalam keadaan pembangunan ekonomi mengakibatkan jurang sosial yang bertambah besar, peranan bahasa Melayu lebih penting lagi. Kita tidak harus menolak pentingnya mempelajari bahasa Inggeris. Bahkan kita mahu, jika dapat anak-anak kita mempelajari bahasa-bahasa besar yang lain sperti Perancis, Cina, Rusia, Jerman, Arab, Tamil dan selain bahasa Inggeris. Yang tidak harus berlaku ialah bahasa Inggeris itu mengatasi taraf serta nilai bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pentadbiran dan bahasa pendidikan (Husin Ali 1996: 171).
Bahasa Innggeris serta bahasa-bahasa lain itu perlu diajar sebagai mata pelajaran sahaja dari peringkat awal dan menengah lagi untuk member kecekapan yang kukuh di peringkat universiti (Husin Ali 1996: 171).
Pemimpin-pemimpin politik yang bekuasa mempunyai pengaruh yang besar untuk mencorakkan masa depan bangsa dan negara kita. Mereka perlu mempunyai azam, iltizam, visi dan “political will” untuk menentukan supaya ada keseimbangan serta penggabungan yang rasional serta menguntungkan antara unsur-unsur antarabangsa (atau global) dengan kebangsaan (atau lokal), antara pemodenan dengan keperibadian bangsa, antara kemajuan dengan keadilan, antara pembangunan ekonomi dengan perkembangan manusia serta budaya, antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu serta bahasa setempat yang lain. Tamadun yang hendak kita capai boleh dibina  tanpa mengorbankan perkembangan bahasa ibunda. Dalam dunia ini banyak masyarakat yang membangun serta bertamadun dengan bahasanya sendiri tanpa meletakkan bahasa asing, iaitu bahasa Inggeris, sebagai bahasa utama mereka. Sebaliknya, ada negeri yang terus mundur, walaupun mengutamakan bahasa Inggeris lebih daripada bahasa ibunda sendiri (Husin Ali 1996: 171).

2.7 PERANAN BAHASA MELAYU DALAM EKONOMI
2.7.1 Bidang Industri
Penggunaan bahasa dalam bidang Industri, bahasa Melayu telah memperlihatkan keupayaan. Ini berlaku kerana dua sebab, iaitu :
Kejayaan sistem pendidikan negara, yang telah melahirkan lulusan yang mampu memperkatakan segala ilmu pengetahuan dalam bahasa Melayu, walaupun sebahagian besar daripada istilah-istilahnya terdiri daripada istilah pinjaman. Antara contoh-contoh penggunaan bahasa Melayu ialah penyampaian arahan-arahan kepada pekerja, manual-manual ringkas, dan pentadbiran.
Proses pembinaan bahasa Melayu telah berjalan dengan rancaknya, melalui usaha Dewan Bahasa dan Pustaka dan pihak-pihak lain. Di samping pembinaan istilah dan bahan-bahan rujukan, penyediaan bahan-bahan bacaan dalam pelbagai laras dilaksanakan dengan amat berkesan.
Dengan itu bahasa Melayu perlu dipertahankan, walaupun bahasa Melayu dikatakan dapat mengungkapkan segala ilmu pengetahuan yang ada, namun usaha-usaha peningkatan masih perlu. Istilah-istilah yang lebih sesuai dan pelbagai perlu diperkembangkan. Cara-cara pengungkapan bidang industri perlu dimantapkan, untuk melahirkan laras-laras yang benar-benar berkesan. Bidang industri itu sendiri berubah dan berkembang. Maka itu, bahasa Melayu juga perlu turut berkembang, dengan istilah dan cara-cara pengungkapan baharu. Potensi bahasa Melayu dalam bidang Industri bukan sahaja perlu diperlihatkan, tetapi juga perlu dipertahankan dalam proses peredaran zaman ( Nik Safiah 2000 : 15-17 ).
2.7.2 Bidang perdagangan
Hakikat sejarah kita menyedari bahawa gagasan bahasa Melayu sebagai perdagangan di samping gagasan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa undang-undang, bahasa kesusasteraan tinggi, bahasa ketatanegaraan, dan sebagainya bukan suatu yang baru. Bahasa Melayu pada zaman yang lebih awal memang telah menjadi bahasa perdagangan. Konsep lingua franca yang dikaitkan dengan kedudukan dan peranan bahasa Melayu beberapa abad yang silam itu sebenarnya peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan.
Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan di rantau ini secara jelas bermula pada zaman Sriwijaya, iaitu kuasa kelautan bumiputera yang pertama menyebabkan bahasa Melayu melalui pengaruh  politik dan ekonominya pada pertengahan abad ke -7 Masihi. Rakyat Sriwijaya dikenal sebagai kaum pedagang yang pintar. Sehingga akhir ke-13, Sriwijaya menjadi kuasa politik dan ekonomi yang besar, meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung  Tanah Melayu, Segenting Kera, dan Sri Lanka. Melalui peluasan kuasa politik itulah bahasa Melayu turut berkembang sebagai bahasa perdagangan. 
Tahap kedua kegemilangan bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan berlaku pada zaman kerajaan Melayu Melaka yang bermula pada akhir abad ke-14. Sejarah membuktikan bahawa Melaka, selain menjadi kuasa politik Melayu yang agung sehingga awal abad ke -16 menjadi pelabuhan dan pusat perdagangan bagi kepulauan Melayu. Pelbagai rupa bangsa berhimpun melaksanakan  urus niaga di Melaka dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca. Oleh itu, pedagang asing, bahasa Melayu dipelajari kerana nilai ekonominya yang tinggi, sehingga bahasa Melayu merupakan bahasa terhormat di antara bahasa-bahasa negeri timur, dan orang yang tidak menguasai bahasa Melayu samalah dengan orang tidak menguasai bahasa Perancis di negeri Belanda pada ketika itu (Nik Safiah 2000 : 86-87 ).
2.7.3 Sektor-sektor perdagangan yang terlibat
Dalam perencanaan strategi memulihkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan, kita perlu mengenal pasti sektor-sektor yang terlibat. Dengan demikian, barulah dapat kita rencanakan pelaksanaan berjadual penggunaan bahasa Melayu dalam perdagangan.
Sektor-sektor penting dalam bidang perdagangan yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu ialah:
§  Sektor korporat : Berkaitan dengan pengurusan dan pendokumentasian .
§  Sektor publisiti dan promosi  : Berkaitan dengan pengiklanan, penamaan syarikat, dan penggunaan bahasa di tempat awam.
§  Sektor urus niaga : Berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam interaksi perdagangan yang sebenarnya. (Nik Safiah 2000 : 88).




2.8 KESIMPULAN
Kesimpulannya ialah kita perlulah mengekalkan bahasa Melayu sebagai suatu bahasa rasmi sekalipun di mana-mana bidang. kita juga seharusnya mempunyai pendirian yang tetap dan perlulah mengenang semula pejuang-pejuang bahasa Melayu terdahulu sehingga berlaku tragedi 13 Mei 1969 bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi yang tunggal dan bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan negara semata-mata untuk mencapai matlamat perpaduan antara etnik tercapai . Maka perjuangan bahasa Melayu ini perlu diteruskan.
Tambahan lagi kita perlulah menyemak semula tujuan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib yang hendak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama di semua sekolah dan universiti terus dikekalkan dan dilaksanakan sepenuhnya agar perpaduan kebangsaan dapat dicapai. Ini kerana, bahasa Melayu sebagai teras keperibadian kebangsaan hendaklah terus dipupuk dan diperkembang.
Demi kepentingan kebangsaan, perpaduan negara, keperibadian Malaysia dan keamanan, maka langkah menjaga bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan perlu diperkukuh dan ditingkatkan bukan dihilangkan dan digantikan dengan bahasa lain. Ini kerana, perlu diketahui untuk mencapai perpaduan adalah dengan penggunaan satu bahasa yang sama bagi memudahkan interaksi antara etnik.  Justeru fungsi bahasa Melayu adalah pelbagai mengikut bidang dan untuk kesejahteraan negara kita.
Tambahan lagi, sekalipun untuk pembangunan negara dengan menggunakan bahasa Inggeris dalam bidang ekonomi , perindustrian, dan perdagangan , apa salahnya jika Bahasa Melayu itu digunakan . Dasar dwibahasa ini lebih baik daripada kita mengetepikan terus bahasa Melayu dalam sektor tersebut. Perlu diketahui bahawa kemajuan bahasa Melayu bergantung pada keluasan penggunaannya. Ketidakmampuan orang menggunakan bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang tinggi jangan dijadikan alasan untuk menyekat penggunaan bahasa Melayu ini dalam semua sektor pembangunan negara.
Demikianlah jika kita mahu menyelamatkan dasar bahasa yang ada dan kedudukan bahasa Melayu di negara ini sebagai bahasa kemajuan, bahasa pendidikan, bahasa ilmu , perlu ada kempen besar-besaran untuk memusnahkan persepsi dan andaian yang salah terhadap bahasa Melayu dan hubungannya dengan kemajuan bangsa Melayu ( Hassan Ahmad 2006: 42). 
Justeru, bagi mencapai tahap penerimaan , penggunaan bahasa Melayu oleh etnik yang lain khususnya bangsa Cina dan India, orang Melayu mestilah terlebih dahulu menyakini akan kemampuan bahasa Melayu boleh mencapai tahap kemajuan kepada negara Malaysia tanpa merasa sangsi dan menggunakan bahasa Melayu dalam pendidikan, pentadbiran dan lain-lain. Oleh itu, barulah perpaduan dapat dicapai sekiranya orang Melayu sendiri menunjukkan bukti kejayaan bahawa rakyat Malaysia boleh maju ke hadapan dengan bahasa Melayunya sendiri bukan maju dengan bahasa lain. Demikianlah, sekiranya ingin melangkah jauh biarlah membawa bersama dengan bahasa Melayu kita kerana ia merupakan identiti rakyat Malaysia dan perpaduan dapat dipupuk . Oleh itu, langkah kesedaran semula dan penelitian dan kajian yang mendalam perlu dilakukan bagi meningkatkan semula peranan bahasa Melayu di dalam kehidupan masyarakat di Malaysia.

BAB 3

TAHAP PENERIMAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN DI MALAYSIA: KAJIAN DI KALANGAN PELAJAR KAUM CINA DAN INDIA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

3. 1  Pengenalan                                              
Di dalam bahagian ini, kajian ini telah dibuat khususnya kepada pelajar kaum china dan India di Universiti Kebangsaan Malaysia. Terdapat sepuluh soalan yang merangkumi tiga objektif utama iaitu
ΓΌ  Mengenal pasti tahap penerimaan pelajar UKM terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
ΓΌ  Mengenal pasti tahap penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan  di kalangan pelajar UKM.
ΓΌ  Mengkaji sejauh mana perpaduan kaum dapat dipupuk  hasil daripada penerimaan dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di kalangan pelajar UKM .
Sebanyak 30 kertas soal selidik telah diedarkan kepada pelajar UKM. Pada soalan 1 hingga soalan 3 untuk mencari objektif pertama, soalan 4 hingga soalan 6 untuk mengenalpasti objektif kedua dan pada soalan 7 sehingga 10 untuk mengkaji objektif ketiga.

3.2 Analisis Kajian
(BAHAGIAN 1)
Pada bahagian 1 ialah mengkaji latarbelakang pelajar UKM yang terdiri daripada jantina, umur, bangsa, agama dan fakulti.
Berdasarkan Rajah dibawah menunjukkan bahawa kadar peratusan untuk perempuan ialah 60% lebih tinggi berbanding 40% pelajar lelaki yang telah memberi respondan. Ini kerana, pelajar perempuan lebih senang dan mudah untuk memberi kerjasama. Dan faktor lain ialah kami mengedarkan soal selidik ini di sekitar UKM seperti di perpustakaan, kolej dan fakulti. Jadi hasil kajian ini lebih tertumpu kepada perempuan kerana faktor tempat dan keadaan.



Rajah 1.1 Peratusan bagi jantina
Seterusnya berdasarkan rajah 1.2 di bawah hasil kajian peratusan Cina ialah 37% dan India ialah 63%. Ini menunjukkan bahawa responden pelajar Cina  lebih banyak berbanding pelajar India. Ini berkemungkinan kerana jumlah pelajar Cina di UKM lebih banyak berbanding jumlah pelajar India. Namun begitu,  kajian ini hanya memberi tumpuan kepada pelajar Cina dan India sahaja bagi mengetahui tahap penerimaan dan penggunaan mereka terhadap Bahasa  Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Rajah 1.2 peratusan bagi bangsa Cina dan India
Selain itu, peringkat umur juga dikaji dan  berdasarkan  gambar rajah 1.3 dibawah menunjukkan purata bagi kalangan umur pelajar Cina dan India. Terdapat umur 18 tahun ke bawah seramai 2 pelajar dan umur 26 sehingga 30 seramai 3 pelajar. Dan kebanyakkan  umur ialah di kalangan  pelajar yang berumur sekitar 19 sehingga 25 tahun iaitu seramai 25 pelajar. Ini bertepatan dengan peringkat umur responden kami yang terdiri daripada  prasiswazah dan siswazah.
Rajah 1.3 peratusan peringkat umur
Seterusnya Rajah 1.4 menunjukkan bahawa terdapat tiga agama yang terdiri daripada Hindu , Budha, dan kristian.  Terdapat 15 pelajar yang terdiri daripada agama Budha dan 10 pelajar yang beragama kristian. Oleh itu, kajian mendapati bahawa kebanyakkan responden yang terdiri daripada bangsa Cina menganut agama Budha dan Kristian. Ini bertujuan bagi mengenalpasti latar belakang budaya dan agama mereka.
Rajah 1.4 peratusan agama yang dianuti
Seterusnya , rajah 1.5 menumpukankan fakulti yang paling ramai terdiri daripada Fakulti Sains dan teknologi sebanyak 9 pelajar, Teknologi Sains dan Maklumat seramai 6 pelajar dan Sains Sosial dan kemanusiaan seramai 6 pelajar yang menjadi responden. Kemudian jumlah bagi fakulti yang terdiri daripada lain-lain seperti fakulti ekonomi dan pengurusan, pendidikan, sains kesihatan , kejuruteraan dan alam bina serta permata pintar. Ini bagi mengenalpasti kebarangkalian etnik lain di dalam fakuti tersebut dan sejauh mana penggunaan Bahasa Melayu mereka di setiap fakulti yang mereka duduki.
Rajah 1.5 bilangan pelajar mengikut fakulti
(Bahagian 2)
Pada bahagian 2 ini terdapat 10 soalan bagi mencapai tiga objektif secara keseluruhannaya iaitu mengenalpasti tahap penerimaan dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di kalangan pelajar UKM yang terdiri bangsa Cina dan India seterusnya sejauh mana Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan di  kalangan etnik yang pelbagai.
a) Berikut ialah hasil kajian bagi mengenal pasti tahap penerimaan pelajar UKM terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Pada Rajah 2.1 memperlihatkan peratusan penerimaan  terhadap peruntukkan yang disentuh dalam perlembagaan melalui perkara 152 iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Sebanyak 80% setuju dan 20% tidak pasti dan 0% tidak setuju.













Rajah 2.1 Peratusan penerimaan terhadap peruntukkan yang disentuh dalam perlembagaan melalui perkara 152 iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Rajah ini memberi penjelasan bahawa 24 pelajar UKM yang berbangsa Cina dan India mengetahui bahawa terdapat peruntukkan yang disentuh dalam perlembagaan melalui perkara 152 iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Seterusnya terdapat 6 pelajar sahaja yang tidak pasti dan tiada pelajar yang tidak setuju.  Justeru, kajian ini mendapati bahawa pelajar UKM yang berbangsa Cina dan India telah didedahkan tentang pengetahuan yang berkaitan di dalam perlembagaan iaitu perkara 152. Ini berkemungkinan berikutan daripada pendedahan subjek Hubungan Etnik yang diwajibkan dan dipelajari oleh setiap pelajar UKM. Subjek Hubungan Etnik sedikit sebanyak membantu memberi pengetahuan tambahan kepada pelajar berkenaan. Tambahan lagi, pendedahan matapelajaran Sejarah di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah membantu menambah pengetahuan mereka.
Seterusnya pada rajah 2.2 menunjukkan bahawa peratusan penerimaan  bagi setiap etnik di Malaysia menerima bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara Malaysia. Peratusan memperlihatkan bahawa terdapat 83% yang setuju, 14% yang tidak pasti dan 3% yang tidak setuju.
Rajah 2.2 Peratusan penerimaan  bagi setiap etnik di Malaysia menerima bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara Malaysia.

Rajah ini memberi penerangan bahawa tahap keyakinan pelajar Cina dan India bagi setiap etnik di Malaysia menerima Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara Malaysia. Sebanyak 25 pelajar yang setuju,   4 pelajar yang tidak pasti dan seorang pelajar yang tidak setuju. Ini menunjukkan bahawa pelajar Ukm yang berbangsa Cina dan India majoriti menyakini setiap etnik menerimanya. Ini memberi kemungkinan bahawa, melihat kepada gambaran sosial pelajar Cina dan India yang menerima Bahasa Melayu di dalam perkara-perkara yang melibatkan perkara rasmi seperti di dalam bidang pendidikan dan pentadbiran. Kemudian terdapat 14% yang kurang pasti dan 3% tidak setuju. Ini menunjukkan bahawa sebahagian pelajar Cina dan India kurang pasti atau tidak meneliti akan penerimaan pelajar Cina dan India terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan bagi setiap etnik.
Seterusnya rajah 2.3 yang menunjukkan peratusan penyataan sokongan pelajar Cina dan India terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia. Terdapat 77% setuju, 20% tidak pasti dan 3% tidak setuju.

Rajah 2.3 menunjukkan bahawa tahap peratusan sokongan terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia.
Rajah ini menunjukkan bahawa sebanyak 23 pelajar yang menyokong , 6 pelajar tidak pasti dan seorang pelajar tidak setuju. Berikutan daripada jumlah tersebut menjelaskan bahawa majoriti pelajar Cina dan India menyokong Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia. Walaubagaimanapun, terdapat 6 orang yang tidak pasti dan seorang yang tidak setuju. Ini berkemungkinan bahawa mereka lebih selesa dengan menggunakan bahasa etnik mereka dan lebih senang untuk menggunakan bahasa Inggeris yang kini dilihat sebagai satu bahasa yang penting.
Oleh itu, di sini memberi kesimpulan bahawa tahap penerimaan pelajar UKM yang berbangsa Cina dan India adalah tinggi dan memuaskan. Ini disebabkan peratusan bagi       “ sangat setuju” untuk ketiga-tiga pernyataan melebihi jumlahnya berbanding yang tidak pasti dan yang tidak setuju. Justeru, kajian mendapati bahawa jumlah pelajar UKM yang berbangsa Cina dan India secara puratanya mengetahui, menyakini dan menyokong Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia di tahap yang memuaskan.

b) Berikut ialah hasil kajian terhadap tahap penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan  di kalangan pelajar UKM.

Seterusnya jadual 2.4 menunjukkan bahawa peratusan yang sangat setuju menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa seharian ialah 37%, tidak pasti 27% dan 36% tidak setuju.

Rajah 2.4  peratusan tahap penggunaan  Bahasa Melayu sebagai bahasa harian mereka

Rajah 2.4 menunjukkan bahawa terdapat 11 pelajar yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa harian mereka. Kemudian, 8 pelajar yang tidak pasti dan 11 pelajar yang tidak menggunakannya. Ini menjelaskan bahawa tidak banyak perbezaan jumlah bagi yang menggunakan dan yang tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa Harian. Ini berkemungkinan bahawa faktor persekitaran sosial dan tempat belajar serta tempat tinggal mereka mempengaruhi bahasa harian yang mereka gunakan dalam kehidupan mereka.

Seterusnya rajah 2.5 menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 47% bersetuju menggunakan Bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan etnik lain sahaja. Kemudian 40% yang tidak pasti dan 13% tidak bersetuju.
Rajah 2.5 menunjukkan tahap peratusan  penggunaaan Bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan etnik lain sahaja.

Rajah 2.5 menunjukkan bahawa sejumlah 14 pelajar menggunakan Bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan etnik lain sahaja adalah tinggi. Seterusnya 12 pelajar lagi tidak pasti dan 4 pelajar tidak setuju menggunakannya pada etnik lain sahaja. Peratusan ini sekali gus menguatkan bahawa tahap  penggunaaan Bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan etnik lain sahaja adalah tinggi dan interaksi tersebut berlaku pada etnik lain sahaja seperti Orang Melayu. Kajian mendapati bahawa terdapat kemungkinan pelajar tersebut lebih senang untuk menggunakan Bahasa Melayu pada etnik lain kerana faktor bahasa yang berbeza dan bahasa Melayu lebih mudah digunakan sebagai satu interaksi sosial di sekitar mereka berikutan jumlah komuniti Orang Melayu lebih ramai daripada jumlah kaum mereka.
Seterusnya rajah 2.6 menunjukkan bahawa bilangan yang bersetuju ialah 80% , 17% tidak pasti dan 3% tidak setuju.
Rajah 2.6 menunjukkan bahawa tahap peratusan persetujuan  matapelajaran Bahasa Melayu digunapakai sebagai matapelajaran wajib di sekolah rendah dan sekolah menengah.
Rajah 2.6 menunjukkan bahawa terdapat 24 pelajar bersetuju matapelajaran Bahasa Melayu digunapakai sebagai matapelajaran wajib di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah adalah tinggi. Kemudian 5 pelajar tidak pasti dan seorang pelajar tidak bersetuju. Kemungkinan kebanyakkan yang bersetuju ini kerana kesedaran mereka kepada fungsi Bahasa Melayu itu sendiri. Dimana Bahasa Melayu sudah menjadi suatu perkara yang mesti diketahui dan boleh digunakan bagi interaksi antara kaum. Selain itu juga penekanan daripada pihak kerajaan Malaysia dan pihak Universiti Kebangsaan Malaysia akan kesedaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan telah membuka minda kesedaran mereka akan kepentingan mempelajari Bahasa Melayu.
Oleh itu, bagi objektif kedua iaitu tahap penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah di tahap sederhana dimana hanya sebahagian sahaja daripada mereka menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa harian mereka dan mereka hanya menggunakan Bahasa Melayu apabila bersama dengan etnik lain sahaja. Walaubagaimanapun, tahap persetujuan Bahasa Melayu digunapakai sebagai matapelajaran wajib di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah adalah tinggi dan memuaskan. Ini berikutan kerana faktor persekitaran mereka menjadikan matapelajaran Bahasa Melayu adalah satu keperluan lebih-lebih lagi apabila telah memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia yang menekankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

C) Berikut ialah hasil kajian bagi mendapatkan objektif ketiga iaitu sejauh mana perpaduan kaum dapat dipupuk  hasil daripada penerimaan dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di kalangan pelajar UKM

Seterusnya rajah 2.7 yang menunjukkan bahawa terdapat 67% pelajar yang bersetuju, 27% yang tidak pasti dan 6% yang tidak bersetuju.
Rajah 2.7 menunjukkan tahap keyakinan  bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan diwujudkan sebagai medium komunikasi atau bahasa pertuturan antara kaum

Rajah 2.7 menunjukkan bahawa terdapat 20 pelajar yang terdiri bangsa Cina dan India menyakini bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan diwujudkan sebagai medium komunikasi atau bahasa pertuturan antara kaum. Tahap peratusan yang bersetuju ini berkemungkinan besar kerana mereka sendiri telah melihat akan kepentingan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan diwujudkan sebagai medium komunikasi atau bahasa pertuturan antara kaum melalui suasana persekitaran sosial mereka terutamanya di Universiti Kebangsaan Malaysia .Meskipun begitu, terdapat juga 8 pelajar tidak pasti dan 2 pelajar tidak menyakininya. Ini berkemungkinan kerana tahap kesedaran dan pengetahun mereka belum tercapai dan kebarangkalian sentiasa berinteraksi dengan etnik mereka sahaja atau menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa pengantar mereka apabila berinteraksi dengan etnik lain.
Seterusnya rajah 2.8 menunjukkan bahawa terdapat 60% bersetuju, 33% peratus tidak pasti dan 7% tidak mempercayai bahawa Bahasa Melayu berperanan sebagai alat yang menyatukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik.

Rajah 2.8 menunjukkan tahap kepercayaan pelajar bahawa Bahasa Melayu berperanan sebagai alat yang menyatukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik.
Rajah 2.8  menunjukkan terdapat 18 pelajar yang mempercayai bahawa Bahasa Melayu berperanan sebagai alat yang menyatukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Ini berkemungkinan bahawa mereka telah menyakini sejarah terdahulu bahawa Bahasa Melayu pernah mencapai perpaduan kaum setelah dasar pendidikan dalam penyata Razak 1956 telah berjaya. Tambahan lagi, melihat kepada suasana kebudayaan Malaysia sangat menitikberatkan “bahasa jiwa bangsa” di dalam mengajak mereka bersama mencintai Bahasa Melayu walaupun daripada pelbagai etnik.
Namun begitu, terdapat 10 pelajar yang tidak pasti dan 2 pelajar yang tidak mempercayai bahawa ianya alat yang menyatukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Ini memberi kemungkinan bahawa mereka masih belum mengetahui sejarah kejayaan Bahasa Melayu dan tidak mengetahui fungsi sebenar Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan diwujudkan.
Seterusnya, rajah 2.9 merupakan peratusan keyakinan pelajar  terhadap perpaduan kaum dapat dibentuk melalui penggunaan satu bahasa yang sama iaitu sebnayak 60% dan yang tidak pasti 40% serta tidak ada yang bersetuju.
Rajah 2.9 menunjukkan bahawa tahap peratusan keyakinan pelajar  terhadap perpaduan kaum dapat dibentuk melalui penggunaan satu bahasa yang sama.
Rajah 2.9 memperlihatkan bahawa terdapat 14 pelajar yang mempercayainya. peratusan yang mempercayai perpaduan kaum dapat dibentuk melalui penggunaan satu bahasa yang sama adalah sama peratusannya dengan Bahasa Melayu berperanan sebagai alat yang menyatukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik iaitu sebanyak 14 pelajar. Ini menguatkan lagi bahawa terdapat kaitan di antara kedua pernyataan tersebut dan mereka mengakui ia boleh mencapai perpaduan. Namun begitu masih terdapat sebilangan yang tidak pasti akan kewujudan penggunaan satu bahasa yang sama boleh membantu tahap perpaduan kaum di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa ia masih di tahap yang masih kabur dan tidak memuaskan. Pun begitu, sebahagian yang menyakininya adalah di tahap yang memuaskan.
            Seterusnya pada rajah terakhir iaitu rajah 2.10 kajian mendapati bahawa terdapat 30% sahaja pelajar yang mempercayai bahawa rakyat Malaysia bersatu pada hari ini kerana menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Selebihnya iaitu 57% tidak pasti dan 13% tidak bersetuju.

Rajah 2.10 menunjukkan bahawa tahap peratusan kepercayaan pelajar terhadap  rakyat Malaysia bersatu pada hari ini kerana menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Justeru, rajah 2.10 telah menjelaskan bahawa bilangan pelajar yang mempercayainya adalah sedikit iaitu hanya 9 pelajar sahaja. Ini juga memberi perbezaan yang banyak dimana pernyataan sebelum ini mendapat 60% bersetuju bahawa Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan. Namun, selepas persoalan ke sepuluh kadar peratusan itu menurun kepada 30% sahaja yang bersetuju akan perpaduan hari ini adalah kerana penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
Ini berkemungkinan kerana tanggapan mereka terhadap Bahasa Melayu pada hari ini bukan alat perpaduan. Kemudian tahap kesedaran dan kepercayaan terhadap fungsi Bahasa Melayu semakin kabur dan lenyap. Ini berikutan kerana, melihat kepada suasana politik semasa yang sentiasa berlaku kekacauan dan ketidakpuasan oleh setiap rakyat memberi gambaran kepada mereka bahawa Bahasa Melayu belum cukup untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.
Seterusnya terdapat 17 pelajar yang tidak pasti dan 4 pelajar yang tidak bersetuju. Ini mengurangkan lagi pernyataan bahawa Bahasa Melayu itu boleh dijadikan sebagai alat perpaduan adalah di tahap yang kurang memuaskan. Sekali gus, mengambarkan bahawa tahap keberkesanan Bahasa Melayu sebagai satu cara untuk menyatupadukan rakyat adalah tidak diyakini oleh pelajar terutamanya pelajar daripada bangsa Cina. Ini kerana 63% daripadanya adalah responden daripada bangsa Cina.
Justeru objektif untuk mengenalpasti sejauhmana perpaduan kaum dapat dipupuk  hasil daripada penerimaan dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di kalangan pelajar UKM adalah sedikit , namun kajian mendapati bahawa secara puratanya 54% daripada objektif ketiga ini adalah di tahap yang memuaskan dan 39% yang tidak pasti dan yang tidak setuju adalah 7% sahaja.
Kesimpulannya ialah hasil daripada kajian ini mendapati bahawa keseluruhan responden pelajar Cina dan India untuk kesepuluh soalan berdasarkan kepada tiga objektif tadi. Bagi objektif pertama, kajian  mendapati bahawa pelajar UKM yang berbangsa Cina dan India menerima Bahasa Melayu adalah di tahap yang baik , seterusnya penggunaan Bahasa Melayu dalam kehidupan mereka adalah di tahap yang memuaskan dan kemudian pengakuan mereka bahawa Bahasa Melayu ini membantu untuk menyatukan rakyat adalah di tahap yang memuaskan juga. Justeru, ini memberi kesimpulan besar bahawa, penerimaan , penggunaan dan pengakuan bahawa Bahasa Melayu itu sebagai alat perpaduan adalah di tahap yang baik, dimana sebanyak 62% yang bersetuju dan mengakuinya. Kemudian selebihnya 29% tidak pasti dan 9% tidak bersetuju.






4. RUJUKAN

Rustam A. Sani. 1993. Politik dan Polemik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan          Publications
Jeniri Amir. 2009. Bahasa Negara dan Bangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan          Pustaka
Nik Safiah Karim. 2000. Bahasa Melayu Dalam Dekad 90-an. Kuala Lumpur:        Akedemi Pengajian Melayu
Asraf.  1996. Manifesto Budaya, Pupus Bahasa , Pupuslah Bangsa. Kuala Lumpur           Dewan Bahasa dan Pustaka.
Idris Aman. 2011. Aksen Bahasa Kebangsaan : Realiti Identiti Integrasi. Bangi :     Kuala Lumpur
Abdullah Hassan. 2008. Kongres Bahasa dan persuratan Melayu VII. Kuala Lumpur :        Persatuan penterjemah Malaysia.